Artis / Selebriti
” Wah bestnya lagu raya Trio Mut. Mendayu suara Hadie dan Ammar, buat tak sabar nak raya.. ” – Komen Netizen
Perkongsian penerbit Jaja Ishak teaser lagu raya gandingan Hadie, Ammar dan Oddah yang berjudul Dentam Dentum Raya curi perhatian warganet. Wah bestnya suara Hadie dan Ammar menyanyi lagu ni. Rentak lagu yang catchy, memang layan lah lagu raya Trio Mut ni..
Pada perkongsian terdahulu, penerbit Jaja Ishak ada berkongsikan teaser lagu raya yang diciptakan khas untuk Hadie. Pada waktu itu, Jaja tidak memaklumkan secara detail samada lagu tersebut lagu solo Hadie atau pun akan menggandingkan Hadie bersama penyanyi lain.
Menerusi perkongsian terbaru Jaja di akaun Instagram dan Tiktok miliknya, telah dikongsikan satu sedutan rakaman suara yang memperdengarkan suara Hadie dan sahabat baiknya, Ammar Haikal. Ini adalah teaser lagu raya Trio Mut yang diberi judul Dentam Dentum Raya.
Perkongsian ini sekaligus mengakhiri teka teki mengenai lagu raya Hadie. Paduan suara Hadie dan Ammar memang gempak dan cukup rencahnya. Ditambah pula rentak lagu raya ini yang catchy dan sesuai dengan jiwa Trio Mut yang muda remaja.

Jaja hanya berkongsi part Hadie dan Ammar untuk warganet kali ini. Bahagian Oddah disimpan dan boleh didengarkan apabila lagu ini dikeluarkan nanti. Ramai yang merasakan lagu raya Trio Mut ini akan meletop dan disukai oleh pelbagai lapisan usia.
Jom tonton video di bawah :
@jajaishak Belanja sedikit boleh? Dentam Dentum Raya >>> @ADI? @Odda🩷🔥 @ammarlaaa._ 🤪 Produce by @Jajaishakchannel @jajaishak @nuraidibah ❤️
Ratusan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Wehh sedappppp giler PLEASE.. Tak sabarnyaaaa nak dengar full song and music video too.. Mendayu suara Hadie dan Ammar ni.. tua muda pun boleh layan lagu ni, best sangat.. “
” Sumpah best…. suara hadie best… unik….. konpem bole trending no 1 lagu raya ni….. sy pn asyik ulang2 dgr chorus…. hihi….. xsabar nk dgr full.. “
” Sedapnya suara hadie n amar, lagu raya pasti meletop 2026. sedapnya lagu nie, ulang2 dgr.. tak sabar nak dgr yg full.. bestnyaaaa suara dorang skip esok terus ramadhan boleh ke, haha.. “
” Wehhh sedap nya suara hadie.. tone suara Hadie tu dah best, jadi lagi best bila masuk recording.. macho betul suara dia.. “
” Wow tq Jaja Ishak.. terus rasa mcm esok raya. Pasti ramai peminat Hadie, Ammar dan Odda tak sabar menunggu lagu raya ni release.. “
” Boleh cam suara Hadie, tone suara yang sangat soothing.. 1st suara Hadie, 2nd suara Ammar.. dah dengar korus dia, best buat tak sabar nak raya.. “
” Wah bestnya lagu raya Trio Mut.. sedap suara dorang, lagu pun best.. mendayu suara hadi n Ammar.. mesti meletop kebabom nanti ni.. “
Ramai yang meluahkan rasa tidak sabar untuk mendengar versi penuh lagu raya Trio Mut ini. Pastinya lagu Dentam Dentum Raya ini akan menjadi salah satu lagi siulan ramai. Sama-sama kita memberi sokongan kepada Hadie, Ammar dan Oddah supaya lagu mereka ini trending raya nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Jaja Ishak, TT Hadie FC
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you so much sebab jadi mak tiri yang tak pernah kedekut, tolong daddy bila daddy tengah susah.. ” – Thalita

