Artis / Selebriti
” Wah Afwa, kemain lagi dia. Backup dancer baru Tok Ti ni.. ” – Srikandi.79
Video Gelagat Anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa Berjoget Ketika Menonton Video Nyanyian Ibunya. Amboi Afwa, Bukan Main Lagi Dia Berjoget. Dah Macam Nak Bersilat. Boleh Join Ibu Masa Konsert Nanti Ni !!
Anak lelaki Dato’ Seri Siti Nurhaliza bernama Muhammad Afwa telah pun setahun usianya. Seorang anak yang lincah dan banyak akal, ada sahaja telatah Afwa yang mencuit hati peminat. DS Siti juga banyak berkongsikan video Afwa di Instastory miliknya.
Meninjau akaun Instagram Srikandi.79, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Afwa ketika menonton video nyanyian ibunya di kaca TV. DS Siti dalam video itu menyampaikan lagu irama Malaysia berjudul 7 Nasihat.
Serancak irama lagu, serancak itu jugalah Afwa berjoget sambil menonton video tersebut. Bukan main seronok Afwa berjoget, habis kaki tangan semuapun berlentok-lentok. Ada bakat menjadi penari cilik lah Afwa.

Sudah seperti gaya membuka langkah silat pun ada Afwa ini. Comelnya Afwa, menghiburkan seisi rumah dengan aksi suka berjogetnya itu. Ibu ada pertambahan penari baru lah selepas ini, Afwa boleh menjadi penari pengiring ibu, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Memusing-musing Afwa di hadapan kaca TV sambil berjoget. Peminat nombor satu ibu, suka mendengar nyanyian ibu. Untung lah Afwa, ibu ada banyak lagi video persembahan yang boleh membuatkan Afwa teruja hendak menari.

Apa-apa pun, semoga si cilik Muhammad Afwa ini sentiasa membesar dengan sihat, dalam lindungan Allah selalu, menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapa dan menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Srikandi.79, IG Afwakhalid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Diganggu wanita misteri sebelum waktu berbuka.. ” – Fedtri Yahaya

