Connect with us

Artis / Selebriti

” Vibes dia macam bawak suami dengan family mertua pergi kerja.. ” – Komen Netizen

Video kehadiran YB Syed Saddiq, ibu dan bapanya ke Muzikal Lawak Superstar 5 sebagai tanda sokongan kepada Bella Astillah. Seronok tengok kemesraan Bella dengan Mama dan Abuya. Part Dato’ AC menyakat Bella dan YB Saddiq tu riuh semua bersorak.. 

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Budak Tadika dan Bellaastillahsyedsaddiq7, telah dikongsikan suasana ketika YB Syed Saddiq bersama ibu dan bapanya hadir ke Muzikal Lawak Superstar 5. Kehadiran mereka sekeluarga membuatkan penonton di auditorium teruja dan tidak melepaskan peluang untuk bergambar.

Sebagaimana yang diketahui, Bella Astillah merupakan salah seorang juri tetap program realiti ini. Banyak video dan gambar yang sempat dirakamkan oleh semua yang berada di situ. Di situ juga, banyak mata menjadi saksi keakraban Bella bersama Mama dan Abuya.

Mama dan Bella kelihatan cukup mesra dan kegembiraan dapat dilihat pada wajah kedua-duanya. YB Saddiq dan keluarga sememangnya sangat sporting dan ini bukan lah kali pertama mereka hadir ke rancangan yang melibatkan Bella sebagai tanda sokongan kepadanya.

Suasana menjadi riuh dengan sorakan daripada penonton apabila Dato’ AC Mizal selaku host MLS5 menyakat Bella dan YB Saddiq. Kata Dato’ AC, Bella agak nervous pada malam itu dan kemudian memandang ke arah YB Saddiq. Ramai betul menyakat Bella dan YB Saddiq, sampai blushing kedua-duanya.

Jom tonton video di bawah :

@bellaastillahsyedsaddiq7

🫠❤️ #bellaastillah #syedsaddiq #TeamBASSOfficial #foryou #basstiess

♬ suara asli – اللغة الض – Sastra Kehidupan

@budak.tadika

Korang semua pon, Doakan lahh yang baik-baik okayy?🥹 #fyp #fypシ #fypviralシ #bellaastillah #syedsaddiq

♬ suara asli – :): – :):

@budak.tadika

Siapa datang Muzikal Lawak Superstar malam ni?😉 #fyp #fypageシ #fypviralシ #bellaastillah #syedsaddiq

♬ original sound – Budak Tadika – Budak Tadika

Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian-perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Video simple & padat tapi buat kita ulng2 tengok.. kita dah ulang 20kali .. yb senyum sampai telinga.. semoga Allah melindungi bella dan ybss dari fitnah dunia aamiin.. “

” Nampak x mcam mana rakyat Malaysia sgt sayangkan hubungan YB dengan bella.. tengok mama YB dengan ayah dia nampak ikhlas SGT senyuman dia masa semua orang bersorak untuk YB dan bella.. “

” Berdebar bella malam ni… walaupun juri tp dia yg nervous sebab ada juri di belakang juri hehe.. Alhamdulillah.. Mama, Abuya, YB SS hadir untuk support Bella sbg Juri.. Terbaik saling sokong Menyokong.. “

” Vibes dia macam bawak suami dengan family mertua pergi kerja.. audience pun semua tersengih-sengih je eh tengok BASS.. Semoga ada jodoh yb dan bella.. “

” Gempsk gila MLS thn ini….rating naik laju bkan krn peserta sj tp krn bella yg jd juri.. tambah family yb datang support, episod paling meriah.. “

” YB dan Bella anak yang tinggi budi pekerti, sama sama tunduk menghormati dan menyantuni org tua. Sebak pulak rasa di hati melihat Bella memeluk cium mama YB.. “

” Happy kemain mama, abuya yb saddiq bila bersama Bella. cukup melengkapi antara keduanyaa semoga pengakhiran yg baik buat bass love bass.. tak tahu kenapa sebak tapi bahagia tengok hubungan bella dengan mak ayah yb.. “

Kebahagiaan yang turut dirasai oleh peminat BASS yang menonton video ini. Hubungan Bella bersama Mama dan Abuya sememangnya sangat baik dan rapat walaupun ada beberapa gosip yang diperkatakan. Semoga ada pengakhiran yang baik untuk Bella dan YB Saddiq. Sama-sama kita mendoakan yang baik-baik untuk pasangan ini.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Budak Tadika, TT Bellaastillahsyedsaddiq7  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Shampoo Treatment Jungle Girl
SHEGLAM Blush

Trending

Copyright © Berita Kopak