Connect with us

Artis / Selebriti

” Untuk merelakan kau pergi dari Sinar adalah satu perkara yang berat bagi aku.. ” – Rahim Sepahtu

Video Jep Sepahtu, Rahim Dan Roy Azman Tidak Dapat Tahan Sebak Dan Menangis Ketika Memberi Kata-Kata Terakhir Buat Angah Yang Akan Meninggalkan Radio Sinar. Part Perkongsian Kenangan Bersama Angah Tu Paling Sebak !!

Pada hari ini, Angah Raja Lawak telah membuat satu keputusan yang mengejutkan ramai. Angah mengumumkan untuk mengundur diri sebagai penyampai stesen radio Sinar atas faktor kesihatan. Perkara ini turut memberi kesan kepada rakan-rakan penyampai yang lain.

Meninjau ke akaun Instagram Sinar.my, perkongsian dua buah video ketika angah mengumumkan keputusannya untuk mengundur diri dan juga ucapan daripada rakan-rakan penyampai telah meraih perhatian ramai. Ramai tidak menyangka akan keputusan Angah ini.

Rakan-rakan lain iaitu Roy Azman, Jep Sepahtu dan Rahim Sepahtu berasa amat sedih dengan keputusan Angah ini, namun mereka redha kerana ia merupakan yang terbaik buat Angah. Mereka telah menitipkan kata-kata dan ucapan buat Angah serta berkongsi memori yang pernah di lalui bersama.

Ternyata Angah begitu disenangi ramai orang termasuk rakan-rakan penyampai. Roy dan Rahim tidak dapat menahan rasa sedih dan turut mengalirkan air mata. Perkongsian video ini telah menerima lebih 28 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh peminat Angah atas keputusan Angah ini. Antara komen-komen yang diberikan :

” Sedihnya Angahhhh . Semoga kesihatan makin baik. Berjaya dan bahagia dengan keluarga fid dunya wal akhirah Angah.. “

” Kenangan Bersama Kwn2 Itu Indah! angah_lawaking Jaga Kesihatan Ok! Kami Sekeluarga Mendoakan Yang Baik2 Saja Buat Angah! Semoga Sehat Selalu & Bahagia Bersama Keluarga Tercinta.. ” 

” Kenangan Bersama Kwn2 Itu Indah! angah_lawaking Jaga Kesihatan Ok! Kami Sekeluarga Mendoakan Yang Baik2 Saja Buat Angah! Semoga Sehat Selalu & Bahagia Bersama Keluarga Tercinta.. “

” Jepsepahtu berkata2 dr hati tetap kental luahkan kata2 ikhlas seperti air jernih yg mengalir deras trs menusuk ke lubuk hati.. “

” Bila pelawak2 bercucuran airmata amat rasa terkesan di hati kita semua.. Semoga angah cepat sihat dan dikurniakan rezeki lain yg lebih baik.. Aamiin.. “

” Laaa….kenapa angah berenti. Tak dapat dah nk dengar suara angah celoteh dan gelak2. Layan pagi Sinar sbb Angah je…dan sbb Angah bercakap sopan, lembut tak over.. “

” Angah ni deejay paling rileks dan ‘sopan’. Suka dgn karakter dia. Angah antara yg paling best….sbb dia senang dgn siapa pun…ceria dia sama ja dgn semua penyampai…walaupun hanya berdua.. “

Bagi pendengar radio Sinar juga, pengunduran Angah ini turut membuatkan mereka berasa sedih. Kami di Berita Kopak mendoakan agar Angah diberikan kesihatan yang baik dan sihat seperti sediakala. Semoga Angah terus dimurahkan rezeki di luar sana walaupun tidak lagi menjadi penyampai radio.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sinarmy

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT