Artis / Selebriti
” Unik betul nama anak Jihan ni. Berbelit nak panggil, hehe.. ” – Komen Netizen
Ungku Hariz kongsi berita gembira Jihan Muse selamat bersalin anak ketiga mereka. Wah diam-diam, dah bersalin Jihan. Comel betul nama baby Jihan, sama unik dengan nama abang-abangnya. Tahniah Jihan..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Ungku Hariz dan Jihan Muse, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan Ungku Hariz bersama cahayamata ketiga mereka. Ungku Hariz memaklumkan perkhabaran gembira mengenai Jihan yang telah pun selamat melahirkan.
Memulai kapsyennya dengan doa agar anak dilindungi Allah, Ungku Hariz turut mengumumkan nama yang telah disepakati bersama Jihan untuk anak ketiga mereka ini iaitu Ungku Attufayl Adl bin Ungku Hariz Faizal. Nama yang cukup unik dan istimewa, sama seperti anak-anak yang lain.
Untuk makluman, Jihan dan Ungku Hariz sudah memiliki 2 orang anak lelaki iaitu Ungku Arsalan Haq dan
Ungku Altamis Barr sebelum ini. Untuk nama Ungku Attufayl Adl ini pula ianya mempunyai maksud yang tersendiri dan baik maknanya. Ini adalah nama yang cukup indah pengertiannya.

Menurut Jihan, nama At-Tufayl adalah nama salah seorang sahabat baginda Rasulullah SAW. Manakala nama Adl pula merupakan salah satu nama Allah yang terkandung dalam Asmaul Husna. Alhamdulillah Jihan dikurniakan dengan 3 orang cahayamata lelaki.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 30 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alhamdulillah, Tahniah Jihan, Selamat Berpantang.. Membesar jadi anak yang soleh ya baby.. “
” Tahniah jihan.. welcome to boboboi kuasa 3.. Alhamdulillah Kak Jihan. Moga jd ank soleh wa musleh, bahagia dunia akhirat.. “
” Baru dok tertanya semalam haaa alhamdulillahhhhhh tahniahhh jihan dan ungku.. nama dia tu susahnya nak sebut.. “
” Ni kalau dapat cikgu selain Melayu, berbelit nak manggil hehe. tahniah Jihan.. Bacaan dlm asmaul husna “ad” tpi mmbawa mkna “adil” al-hakam,al-adl,al-latiful al-khobir.. “
” MasyaAllah Tabarakallah, anak Soleh penyejuk hati ayahbondanya.. Nama sahabat Rasulullah. Alhamdulillah.. sedap namanya.. “
” Alhamdulillah tahniah mak dan abang hariz kerana telah selamat melahirkan seorang baby boy yang comel.. selamat Berpantang mak.. moga ibu dan anak sihat.. “
” Alhamdulillah, triple boy dah.. congrats Jihan dan Ungku Hariz.. Mcm mane nk nyebut nama anak? Bagi voice note.. susah2 nama nak nyebut hehe.. unik betul nama anak Jihan ni.. “

Alhamdulillah akhirnya Jihan selamat bersalin. Bertambah meriah lah rumah dengan kehadiran seorang lagi bayi lelaki. Semua geng Ungku, bonda satu-satunya ‘bunga’ dalam rumah. Apa-apa pun, tahniah kepada Jihan dan Ungku untuk kelahiran bayi mereka ini dan selamat berpantang buat Jihan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ungku Hariz, IG Jihan Muse
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni. Dua-dua dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia memang obses dengan bini dia, ahhh lurveee.. ” – Komen Netizen

