Connect with us

Artis / Selebriti

” Ulang-ulang tengok video ni, cantik betul mata Sumayyah, bersinar-sinar.. ” – Netizen

Video Anak Perempuan Puteri Sarah Liyana, Sumayyah Selepas Menunaikan Solat Tarik Perhatian Warganet. Alahai Kecil-Kecil Lagi Dah Cantik Sumayyah Ni. Part Mata Tu Serius Lawa Sangat !!

Umum mengetahui, hasil perkahwinan pelakon Puteri Sarah Liyana bersama bekas suaminya Syamsul Yusuf telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. Gelagat dua beradik ini sering mendapat perhatian ramai.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram Sarah, telah dikongsikan satu video baru yang memaparkan gelagat Sumayyah. Menerusi video tersebut, kelihatan Sumayyah comel mengenakan telekung berwarna merah jambu. Kedengaran seorang wanita bertanya kepada Sumayyah apa yang telah dilakukan Sumayyah sebentar tadi.

Jawab Sumayyah, dia baru selesai menunaikan solat dan mahu menjadi anak yang ‘solaha’ . Mendengar apa yang dikatakan Sumayyah itu, wanita tersebut dan Sumayyah ketawa bersama kerana Sumayyah sebenarnya mahu menyebut perkataan ‘solehah’ .

Perkongsian ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan suka melihat mata Sumayyah yang begitu cantik apabila dilihat secara dekat. Sehingga kini, video Sumayyah telah menerima ratusan komen dan ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-rata warganet menyukai perkongsian video ini dan memuji kecomelan Sumayyah. Antara komen-komen menarik adalah :

” Ulang-ulang tengok video ni, cantik betul mata Sumayyah, bersinar-sinar. Sumayyah gelak tu merdu weiiii suara nya selembut orng dan nama Sumayyah masyaallah2.. “

” Serius muka adik Sumayyah macam Afganistan, ehhh lupa mamanya.. Keturunan orng Afganistan memang la cantik adik Sumayyah sama mama Sarah, sejuk mata memandang masyallah2.. “

” Hasil bibit Syamsul dan Puteri sarah.. MashaAllah cantik sangat Sumayyah.. Kecil² da cantik kamu sayang, semoga akhlak mu cantik seperti cantiknya rupa parasmu bila besar kelak.. “

” Cantik betul anak dara Sol dan Sara ni, terpegun tengok.. Smg jd anak yg solahah ye. Sentiasa berbakti kpd kedua ibu bapa, amin2.. “

”  Fall in love betul dgn mata Sumayyah.. Muka mini Sarah betul.. Semoga Sumayyah menjadi anak yang baik ya buat mommy dan daddy.. “

” Gelak pun comel sangat lah budak Sumayyah ni, mudah terhibur macam mummy dia, hahaha.. Cantik pula tu dia.. “

” MasyaAllah cantik sangat awak ni sayang. Semoga jadi anak yang solehah ya Sumayyah.. Acik sentiasa doakan yang baik2 buat kamu.. “

Comel betul part Sumayyah cakap ‘ solaha’ tu. Dia yang tersilap cakap, dia juga lah yang ketawa. Semakin Sumayyah membesar, semakin terserlah kecantikannya. Apa-apa pun semoga Sumayyah membesar dengan baik dan menjadi anak yang solehah buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG puterisarahliyana

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT