Artis / Selebriti
” Uishh, sedap suara dia, pandai control.. ” – Komen Netizen
Video anak lelaki Siti Sairah, Amad menyanyikan lagu berjudul Menjaga Jodoh Orang Lain yang dipopularkan oleh Ara Johari. Wah, sedaplah lagu ni dalam versi Amad. Amad punya penghayatan tu paling mahal, sebak dengar suara Amad..
Sejak kebelakangan ini, anak lelaki Siti Sairah Taruddin iaitu Amad mula menjadi perhatian di media sosial kerana kemerduan suaranya apabila menyanyi. Amad juga merupakan anak saudara kepada penyanyi Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan adik kepada Ummi Umairah.
Setiap kali membuat sesi live, Siti Sairah akan menyanyi karaoke bersama anak-anaknya. Kadangkala anaknya sahaja yang menyanyi seperti dalam video yang dikongsikan pada kali ini yang memaparkan Amad menyanyikan lagu berjudul Menjaga Jodoh Orang Lain.
Lagu ini merupakan lagu Ara Johari dan Amad menyanyikan dalam versi lelaki. Nampaknya lagu ini juga amat sedap dan merdu apabila dinyanyikan oleh Amad. Memang Amad mempunyai vokal yang cukup mantap untuk menyanyikan lagu yang bersuara tinggi.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 20 tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Boleh dikatakan kesemua anak-anak Siti Sairah boleh menyanyi dengan baik dan sangat berbakat dalam bidang nyanyian.
Jom tonton video di bawah :
@cikdiamond123 Dah macam kita pulak yang jaga jodoh orang lain bila Amad menyanyi lagu ni 🥹🥹 @sitinursairahtarudin @arajohariofficial #sitisairah #arajohari #amad #menjagajodohoranglain
Di ruangan komen, ramai yang memuji kemerduan suara Amad. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Sapa amad ni adik umai ka.. suara Ahmad sedap la d dengar.. Mata Amad cantik macam pakai celak..padu semua anak2 Siti sarah.. “
” Uishh sedap suara dia.. Selalu tgk live siti sairah, anak beranak menyanyi yer. Sedap suara Ahmad. Boleh pergi jauh ni.. “
” Sedapnya suara.. pandai control.. umai, ahmad, ayish…mmg terbaik.. mantappp padu .. suara.go boy go.. anak buah tokti ni.. “
” Agak lepas suara dia pecah nt sedap mcm ni lagi ke tak eh ? Curious jugak.. best la, tone dia sama mcm tokti time muda dulu.. “
” Anak saudara Biduanita Negara.. adik ni nyangi terus lupa sape penyanyi sebenar.. Sedap betul.. rentak dia ngam lah.. “
” Kemana tumpahnya kuah. kalu dr family seni,memng akn nurun ke anak2 dgr btul2 tone suara dia,sama mcm mak iti dia.. “
” Anak² sairah belajar vokal tu suara best.. Nk jadi penyanyi yg bagus krna belajar.. Siti nurhaliza yg penyanyi no 1 pun belajar vokal lagi.. “
Kesemua anak-anak Siti Sairah mewarisi bakat seni yang ada bukan sahaja menerusi ibu mereka, malah ibu saudara mereka. Tidak mustahil Amad juga bakal bergelar penyanyi professional seperti kakak dan ibu saudaranya. Semoga Amad berjaya suatu hari kelak. All the best Amad..

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ixorra Design
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen


