Artis / Selebriti
” Uishh memang talented dari kecik ya Oddah.. ” – Komen Netizen
Sharifah Shahirah kongsi video throwback anaknya, Oddah sedang menyanyi lagu Taylor Swift semasa kecil raih perhatian ramai. Wah, memang dari kecil Oddah dah berbakat lah. Comelnya Oddah, ingatkan adik dia, Dey Dey tadi. Sebijik muka..
Bagi yang mengikuti rancnagan bertajuk Talk To Manager, pasti pernah menonton persembahan salah seorang peserta iaitu anak kepada pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah, Auddra atau lebih dikenali dengan panggilan Oddah. Dua minggu berturut-turut persembahan Oddah mendapat sorakan daripada penonton.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Sharifah Shahirah atau mesra dengan panggilan Shiera, telah dikongsikan video throwback yang memaparkan telatah Oddah sedang menyanyi ketika kecil. Menerusi video itu, Oddah menyanyikan lagu daripada Taylor Swift bertajuk Bad Blood.
Telatahnya itu telah mencuri perhatian warganet yang menontonnya. Ramai yang mengatakan Oddah sangat berbakat menyanyikan lagu versi English. Bukan itu sahaja, komen mereka lagi, sikap bersahaja Oddah sekarang masih sama seperti dia kecil.

Selain itu, tulis warganet, mereka pada awalnya menyangka video itu sebenarnya adalah anak bongsu Shiera iaitu Dey Dey kerana wajah Dey Dey saling tak tumpah seperti Oddah ketika kecil. Sehingga kini, video Oddah menyanyi telah menerima lebih 1 ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian tersebut dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Uishh memang talented dari kecik ya Oddah.. Comeiiii Oddah kecik2 dulu.. Good luck for next stage ok.. Tak sabar nak tengok.. “
” Ingatkan Deydey, bila baca caption Oddah rupanya.. Memang sebiji betul dengan si bongsu, hehe.. Pandai dia menyanyi kan.. “
” Aduhhhh sama sungguh muka macam Dey Dey, dah konfius pula kita tengok.. Nasib mama bagitau ni video lama Oddah.. “
” Odah dari kecik memang dah slay, hehe.. Natural born talent Oddah.. Memang ada bakat dati kecik, hope mggu 3 jgn tersingkir lah.. “
” Comelnyaaa Odah.. Macam Dedey sebiji.. Harap Oddah buat yang terbaik lah untuk minggu hadapan.. Nak tengok Oddah je.. “
” Macam deydey betul lah.. Petitiom Oddah to sing this song again pls.. Hehehe nk dengar versi Oddah dah besar sekarang.. “
” Ya ampun, lama dah tercari-cari budak ni.. Rupanya dah jadi Oddah sekarang, hehe.. Good luck Oddah.. Sure can make it insyaallah.. “
Alahai comelnya Oddah menyanyi semasa kecil. Ramai yang geram melihat kecomelan Oddah ketika kecil. Apa-apa pun, semoga Oddah terus bersemangat untuk minggu ketiga Talk To Manager dan melakukan persembahan yang terbaik nanti. Good luck Oddah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shieraijoy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen

