Artis / Selebriti
” Tudia dah macam dalam movie Disney Princess. Dapur datin lagi besar dari hall rumah saya.. ” – Komen Netizen
Penuhi permintaan warganet untuk melihat meja makan, perkongsian Datin Shahida raih perhatian ramai. Fuh banyak betul meja makan, semua serba mewah belaka. Meja yang last tu paling tak sangka, humble betul Datin sekeluarga..
Datin Shahida Dherbs memang aktif membuat live di Tiktok. Menggelarkan dirinya sebagai ‘Mama’ ketika berinteraksi bersama viewers, Datin Shahida juga seorang yang sporting dan rajin melayani kehendak daripada viewers. Ada sahaja yang diminta dan semuanya dipenuhi oleh Datin Shahida.
Meninjau entry di akaun Instagram Shahida Dherbs, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Datin Shahida membaca satu komen daripada warganet. Permintaan daripada warganet itu adalah untuk melihat meja makan kediaman agam Datin Shahida sekeluarga.
Bukan satu, tetapi ada 4 buah meja makan yang diletakkan di beberapa ruangan yang berbeza. Meja makan pertama berupa meja panjang digunakan untuk perayaan ketika sanak saudara datang dan boleh memuatkan sehingga 24 orang. Meja makan kedua pula untuk family member dan kawan-kawan.

Meja makan ketiga pula kecil sahaja dan menjadi port untuk ‘membawang’ dan bergosip, bak kata Datin Shahida. Meja makan terakhir pula berada di ruang dapur. Meja makan ala-ala kampung ini tempat makan kegemaran mereka sekeluarga. Banyak meja mewah pun tetapi meja yang biasa tetap menjadi pilihan. Humble betul Datin Shahida ini, tidak sombong dan mesra sahaja dengan pekerja.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Semewah apapun yg dimiliki tetap yg jd favoritnya yg sederhana sajaa masyaAllah.. Meja makan kampung tu paling rare. Sebab setiap kerusi xsama jenis.. “
” Meja makan last sekali tu yang paling banyak kenangan.. Cantik dan nmpk mewah set meja mkn umh datin.. “
” Yang last tu confim paling selesa kumpul dengan anak-anak kan.. Ya Allah seronok nya.. dpt tengok pun seronok sgt.. sebab kita nya x pnh beli meja makan.. Suka tgk org2 islam kaya.. moga kaya dunia akhirat Datin.. “
” Dapur datin lagi besar dari hall rumah saya. MasyaAllah best dapur besar.. selalunya meja yang tak berprotokol yang banyak kenangan manis.. “
” Semewah2 meja makan smp sesederhana last2 yg sederhana gak menang sbb dok area dapur .. smbil mkn smbil msak kemas2 apa yg ptt kn.. “
” Masya Allah mewahnya ruang makan datin.. Paling kerap duduk & paling selesa pastinya yg Kat dapor meja mkn yg last sekali kan.. “
” Tudiaa dah macam dalam movie disney princess.. Besarnya rumah.. Xdpt beli dpt tgk cntik2 cmni pon dah seronok mata.. “
Mewah dan cantik semua meja makan Datin Shahida ini tetapi meja yang terakhir memang paling selesa. Lebih terasa kemesraannya dan banyak memori tercipta bersama suami dan anak-anak. Walaupun hidup serba mewah, ada kesederhanaan yang diterapkan dalam kehidupan Datin Shahida sekeluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

