Artis / Selebriti
” Tu dia, lawak sungguh. Tidur m4ti agaknya.. ” – Netizen
Video Fizz Fairuz Dic0nteng Mukanya Ketika Sedang Tidur Buat Ramai Tertawa. Ad0i, Lena Sungguh Tidur Sampai Tak Sedar. Kreatif Sungguh Anak-Anak Fizz !!
Meninjau ke akaun Datin Almy Nadia, satu video telah dikongsikan. Video tersebut memaparkan wajah suaminya, Datuk Fizz Fairuz yang diconteng oleh anak-anak. Video tersebut dirakamkan sendiri oleh salah seorang anak pasangan ini.
Menurut Almy, ketiga-tiga anak mereka iaitu Afrina Arianna, Afrina Aurora dan Afrina Ayra sengaja hendak mengenakan ayah mereka yang sedang lena tidur. Mungkin kerana kekenyangan, Fizz tidur tanpa sedarkan diri.
Fizz tersedar apabila anak bongsunya melompat-lompat berdekatan dengan mukanya. Namun selepas itu, Fizz sambung semula tidurnya selepas membersihkan mukanya. Almy turut berkongsi gambar Fizz yang sedang lena tidur.

Anak-anak Fizz seperti menampalkan kertas berwarna hitam pada wajah Fizz dan ia kelihatan seperti menggunakan pen marker. Nasib baik tidak menggunakan pen, kalau tidak mahu berbekas beberapa hari hitam di muka, hehe.
Jom tonton video di bawah :
( Kl1k butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )
Perkongsian ini dihuj4ni dengan komen-komen emoji ketawa. Antara komen-komen lain yang diberikan oleh netizen :
” Hahahahha nasib badan la.. ayah jadi bahan.. Nak4l la ank d4ra. Mcm mana reaksi papa dia? ” N4ya.. kreatif sungguh anak anak.. “
” Tu dia.. lena sungguh no.. Mimpi nger1… Kalau suami saya tidur anak anak tak berani kac4u buat b1sing pun depa tak0t .. ” Maaf sy terketawa… lar1kk..”
” Nakal, haha.. lawakk sngguh lahaiii tidur m4ti agakk nye.. Klau anak girl memang macam ni same macam anak saya.. hihi.. “
Almy sememangnya gemar berkongsi aktiviti hariannya bersama keluarga terutamanya aktiviti anak-anak di akaun Instagramnya. Pasangan ini juga dilihat begitu serasi bersama dan nampak sangat romantik.

Semakin anak-anak membesar semakin banyak akal dan gelagat mereka yang menghiburkan. Semoga keluarga kecil Almy Nadia dan Fizz Fairuz ini sentiasa bahagia dan jodoh mereka berkekalan sehingga ke jannah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Almy Nadia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti1 day ago” Saya sedang mencari mummy saya. Mana mummy saya.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti5 days ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen

