Artis / Selebriti
” Tu dia Ecah, amboi 9 tahun dah skincare dah, hehe.. ” – Netizen
Video Perbualan Antara Rozita Che Wan Dengan Anaknya, Aaisyah Dhia Rana Tentang Hadiah Hari Lahir Cur1 Perhatian Warganet. Fuh Panjang Betul List Skin Care Aaisyah Minta, Advanced Betul Anak Dara Che Ta Ni !!
Diam tak diam, anak perempuan Rozita Che Wan atau mesra dengan sapaan Che Ta iaitu Aaisyah Dhia Rana sudah pun genap usianya 9 tahun. Bersempena ulangtahun Aaisyah ini, Che Ta bertanyakan kepada Aaisyah apakah hadiah hari lahir yang diinginkan pada tahun ini.
Dalam perkongsian Che Ta di Instagramnya, video perbualan antara Che Ta dan Aaisyah telahpun dimuatnaik. Kata Che Ta, dia mendengar Aaisyah mahukan skincare dan inginkan kepastian daripada Aaisyah. Apa lagi, panjang berjela jenama skin care yang Aaisyah sebutkan.
Antara yang disebut oleh Aaisyah ialah Glow Recipe, Drunk Elephant, The Ordinary dan Sol De Janeiro. Tergelak Che Ta mendengarnya dan dalam nada berseloroh Che Ta mengatakan dia cuma tahu skin care Safi Rania sahaja. Che Ta kan pernah menjadi duta Safia. Pandai Che Ta bergurau dengan Aaisyah.

Pada ruangan kapsyen pula tertulis mengatakan mummy Aaisyah sudah tua kerana tidak tahu skin care apa yang tengah popular sekarang. Baru 9 tahun Aaisyah sudah tahu tentang skin care, kalah orang dewasa. Kalau Aaisyah meningkat remaja nanti, lagi panjang list yang Aaisyah bagi pada Mummy dia, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Glow recipe, drunk elephant, the ordinary, sol de janeiro. Nah untuk rujukan mommy nak beli nanti hahaha.. ”
” Aku tak nak ajar ank aku makeup nnti habis duit aku HAHAHAHAH klau brduit mcm cekta tkpa la.. ”
” Humblenya che ta. Tau safi rania je hehe.. Wahhh, umur 9 tahun dah pandai sebut brand2 skincare. Aunty pun macam mummy juga, Safi Rania & produk2 lokal ja tahu Cheq.. ”
” Aku pulak dok google yang hang sebut tu ecahh haha.. hahahaha kalah aku tak tau menau the ordinary ada banyak lolzzz.. ”
” Hang ne lertoppsss tahap apa aisyah. 1 habuk pn aku tak tau skincare yg hang sebut tu.. panjang betul list aaisyah nak. beli mummy jangan tak beli..”
” Amboi nak pakai the ordinary haha comel dia , mommy kena beli kat tiktok.. Aunty pun sama macam mami, tau safi rania ja.. Aaisyah memang advance.. ”
” Tu dia ecah, amboi amboi.. 9 tahun dah skincare dah hehe.. Ni kalau dah remaja lagi up dia bagi list dekat mummy dia.. ”
Advanced betul anak Che Ta ni, mummy pun tak tahu ye segala brand yang Aaisyah sebut tu. Sambil mengomel, sambil tangan Aaisyah ligat menyolek mukanya tu. Alahai Ecah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Suka melawa macam mummy sangat ni. Anyway happy birthday Aaisyah dan semoga gembira selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Aaisyah Dhia Rana, IG Rozita Che Wan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen



