Artis / Selebriti
” Tokti kalau nyanyi memang auto lagu dia bunyinya. Merdu mendayu-dayu, meremang oii.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza Menyanyi Lagu Masing-Masing Versi Irama Tradisional Raih Perhatian Warganet. Alahai Mendayu-Dayu Sungguh, Rasa Dibuai-Buai. Sedap Betul Versi Tokti Ni. Ernie Zakri Pun Ada Bagi Komen !!
Suara emas penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Seri Siti Nurhaliza memang menjadi pujaan hati ramai sejak dari awal penglibatannya dalam dunia seni. DS Siti mempunyai suara lunak merdu yang mampu membuatkan sesiapa mendengarnya terpegun.
Meninjau entry di akaun Instagram DS Siti, telah dikongsikan satu video yang memaparkan DS Siti menyanyi lagu Masing-Masing dalam versi tradisional. Lagu dendangan asal Ernie Zakri ini dibawakan oleh DS Siti dengan baik sekali. Lenggoknya tidak jemu didengar dan membuai rasa.
Seperti selalu, apa sahaja lagu yang DS Siti nyanyi pasti akan dialunkan seperti lagu sendiri. Ramai juga di kalangan warganet meminta agar Ernie menjadi penyanyi jemputan untuk konsert DS Siti akan datang. Tidak kurang juga yang meminta agar DS Siti mengadakan konsert irama Malaysia seperti konsert Lentera Timur yang pernah diadakan dulu.
Salah satu keistimewaan DS Siti ialah pandai menyusun part mana yang perlu dilebihkan lenggoknya. Sekali pun DS Siti menyanyi secara santai dan sambil duduk di atas kerusi, kemerduan suara DS Siti tetap maintain sahaja. Irama sebegini memang menjadi ‘makanan’ DS Siti.
Jom tonton video di bawah :
@toktitiktok Masing-masing traditional version.. sis cuba yek 😅🥰😘 @erniezakriez
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” MashaAllah.. terima kasih banyak banyak kakiti… merdu tiada tandingan.. ” – Ernie Zakri
” Siti Nurhaliza Love you so much.. sedap Siti Nurhaliza Cover Lagu Masing Masing by Ernie Zakri.. mendayu-dayu betul rasa mcm nak tidurr ah sedapnyaaa.. ”
” Siti, kalau nyanyi, memang auto lagu dia bunyinya.. Ya Allah, meremang Siti oii.. Please la collabs dengan Ernie.. ”
” Langsung tak dgr bunyi EZ, the one and only.. Penyanyi No syahtuuu.. Lagu2 tradisional ni mmg makanan Kak Iti la.. ”
” Menangis saya dengar versi ni Tokti oiii.. Lurve g1la.. merdunya toktiii.. love nya dulu dan kini selamanya.. She nyanyi bersahaja yee.. shedap da lama gidam siti bawak lagu ni versi ni. Melting.. ”
” Wahh tokti dhh cover lagu nie lenggok tokti best gilee wehh. lunak merdu tu goosebump sambill duduk pulakk tuu mmg power laa tokti . hehe toktii buat la konsert lentera timur or konsert traditional tauu. sp setuju sini.. ”
” Suara yang sentiasa merdu seperti peribahasa ” Tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan”.. Tq For the cover TokTi lurve it.. ”
Siapa sahaja yang tidak teruja mendengar suara merdu dan lenggok DS Siti yang mendayu-dayu ini. DS Siti menyanyi dengan caranya tersendiri tanpa dibayangi oleh penyanyi asal. Tidak puas warganet mendengar suara DS Siti itu. Selamanya DS Siti nombor 1 dalam hati peminat.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Toktitiktok
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” 23 hari, apa bau yang kita tidak dapat cium tapi kami tidak tercium apa bau pun.. ” – Imam
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dia tanya, apa khabar. Boleh kah Zara peluk Ustazah, Zara rindu.. ” – Ustazah Zara
-
Viral5 days ago
” Mama dia masuk, mama dia sebut 1 perkataan yang buat saya sebak.. ” – Wakil Pengurusan Jenazah
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Ibu tiri yang patut dicontohi. Bertuah Maryam ada dua ibu yang sentiasa menyayanginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Daddy okey tak kalau mommy follow ? ” – Fazura
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Anak nak fly jauh weh. Touching la kita tengok Faz packing. Siap kiss pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” She sebak betul sampai bergenang air mata, kita dengar pun sebak juga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dari tadi saya dengar suara dia, air mata ini meleleh je.. ” – Misha Omar