Connect with us

Artis / Selebriti

” Tok Ram mengulas hal warna tudung tu seumpama sedang menjuri peserta Gegar Vaganza je.. ” – Komen Netizen

Video Tok Ram membantu Datin Alyah menjual tudung secara live di Tiktok buat ramai terhibur. Adoi Tok Ram, tak berhenti Tok Ram berceloteh. Macam-macam  komen, dah macam dalam Gegar Vaganza. Tak pasal-pasal tudung yang dipersalahkan, haha.. 

Pasangan Datin Alyah dan Dato’ Ramli MS antara pasangan yang disukai ramai. Walaupun jarak umur mereka jauh berbeza, namun mereka tetap bahagia bersama. Mereka kini hidup gembira bersama anak kesayangan mereka yang diberi nama Nur Izzara.

Menerusi perkongsian terbaru Datin Alyah di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live Datin Alyah bersama Tok Ram. Bukan selalu dapat melihat Tok Ram join live bersama Datin Alyah dan lebih-lebih lagi untuk menjual tudung.

Datin Alyah mengayakan koleksi tudung yang ada, manakala Tok Ram pula tidak berhenti berceloteh memberikan komen itu dan ini. Gelagat Datin Alyah dan Tok Ram ini menghiburkan ramai warganet. Pening juga Datin Alyah melayani arahan Tok Ram sepanjang live tersebut.

Memetik komen warganet, Tok Ram memberi komen kepada motif tudung seperti memberi komen ketika pertandingan realiti TV. Tergelak Datin Alyah mendengar bebelan Tok Ram itu. Warganet juga memuji Tok Ram pandai memilih motif yang cantik dan semua pilihannya ada kelas tersendiri.

Jom tonton video di bawah :

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini setakat ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Kwn2 dia ckp.. tok ram la plg tkut Bini tau.. so mksudnya dia syg datin alyah sgt2 even nmpk kasar.. tok ram ni cara syg dia cara kasar… yg xfhm mudah sentap.. “

” Tok ram mengulas hal wrna tudung tu seumpama sdg mnjuri peserta gego vaganza jer.. hahahaha.. Dato ram, datin Alia tu pkai apa pun warnanya dia memg nampak cantik.. “

” Cantek tudung ni … kerjasama ni sgt lucu tapi seronok tengok.. gaya tok ram selak selak tudung tu macam dia pulak yang nak pakai haha.. “

” Datin bawak pelaris.. Pandai Tok Ram promote walaupun rasa mcm dia tgh judge tudung2 tu.. 10k live semalam..byk juga ilmu baru dato share semalam..bukan semata promote tudung.. “

” Tengok live tokram semalam. Tok ram memang ada taste. Tudung dia review semalam lawo yang tokram pgg.. “

” Suka tgk tokram tlg datin jual tudung.. dlu tgk tokram usik datin niaga.. skrg tokram tlg datin.. nmpak penyayang tokram ni.. “

” Tokram dah tukar profession haha.. tokram boleh jadi macam dato aliff syukri dah.. sure laris jualan.. sempoi tok, berjinak jinak live.. “

” Sumpah lawakkk masa tok ram pegang2 tudung plain tu.. tok ram dah rosak ni.. apa yang tok ram cuba sampaikan ni haha.. duk mengacau je.. “

Terhibur warganet mendengar celoteh Tok Ram itu. Sambil membuli Datin Alyah, banyak tips pemilihan tudung yang Tok Ram kongsikan. Ayat daripada seorang juri memang boleh dipercayai. Semoga laris jualan Datin Alyah dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Alyah, Tiktok NAZELL, IG Ohbulan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Apple Cider Gummies
Bostanten Handbag

Trending

Copyright © Berita Kopak