Artis / Selebriti
” Tok Jalal tu awat lah lucu sangat. Pecah perut tengok haha.. ” – Netizen
Video Aksi Dato’ Jalaludin Hasan, Jatt Ali, Roy Azman dan Dato’ Ramli MS Bermain Water Surfing Buat Warganet Terhibur. Bukan Main Tok Jalal Gelak Time Roy Jatuh. Time Tok Jalal Surf, Berdekah Yang Lain Tengok. Makin Lawak Lah Tok Jalal Ni, Haha !!
Program Projek Bapak-Bapak kini memasuki musim ke 2. Australia menjadi destinasi pilihan untuk musim ini dan lebih banyak ragam geng bapak-bapak yang mencuit hati dapat disaksikan. Masih mengekalkan Dato’ Jalaludin Hasan, Dato’ Ramli MS, Roy Azman dan Jatt Ali, saban minggu ada sahaja yang membuatkan penonton berdekah melihat gelagat mereka berempat.
Meninjau akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan mereka membuat aktiviti water surfing. Riuh rendah dengan gelak ketawa masing-masing kerana sukan air ini agak mencabar dan pelbagai ragam keluar.
Jatt Ali kelihatan agak bagus imbangan badannya dan dapat membuat surfing dengan baik. Roy pula sudah seperti profesional tetapi last-last jatuh berdebuk dalam air. Sewaktu Roy jatuh, Dato’ Jalal, Dato’ Ramli dan Jatt yang duduk di pesisiran pantai gelak terbahak-bahak melihatnya.

Yang paling melucukan pasti lah gaya Dato’ Jalal. Maklumlah usia pun warga emas, tak secergas Roy dan yang lain-lain. Ketika trainer membantu untuk membuat surfing, Dato’ Jalal hanya meniarap di atas papan luncur sampai ke akhirnya. Apa lagi, ketawa besar lah Roy, Jatt dan Dato’ Ramli melihatnya.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih seribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Haha kesian Tok Jalal asyik kena bahan haha.. Dengan aku aku gelak sama.. Sorry Tok Jalal.. tak boleh tahan nak ketawa tengok santai meniarap gitu haha.. ”
” Tak sempat berdiri dah sampai haha, sumpah terbahak aku tengok tok jalal tu. Comel sangat atok bercuti.. ”
” Tok Jalal tak sempat nak berdiri haha. Puas gelak malam tadi tengok part ni. Lawak g1la 4 orang ni.. ”
” Aik dah sampai haha.. adui tok jalal tok jalal. klakor weh deme berempat ni… ank2 smpai tgur klau tgk… ibu ni suke sgt tgk cite ni.. asik gelak je.. ”
” Hahahaha tak sempat nak bangun sampai dah.. tok jalal tak bangun sampai kesudah haha.. Comel je atok² main surf. Kalau aku main..sama je dgn style tok jalal tu.. ”
” Aku tak boleh la dengar Roy gelak. Tok Jalal tu awat lah lucu sangat. kita dekat umh pun tak boleh tahan ketawa tengok.. santai betul baringnya tu, tiba-tiba sampai eh tok jalal.. ”
” Pecah perut tengok bapak-bapak ni. Aku dalam pantang mengekek tengok episod ni semalam. Tok Jalal punya surf paling lawak haha.. meniarap sampai ke sudah hahaha.. ”

Adui lah Tok Jalal, ni memang betul-betul santai punya surfing. Tak payah susah-susah berdiri, meniarap macam tu sahaja pun boleh, sedar-sedar sudah sampai, hehe. Memang menghiburkan dan boleh hilang stress melihat gelagat empat bapak-bapak ni. Minggu depan entah apa lah pula aktiviti yang bakal mereka sajikan untuk penonton, tentu lucu juga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, Tiktok Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti4 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin
-
Artis / Selebriti2 days ago” Boleh pergi jauh ni Uwais. Suara tangkap leleh, ada vibe Aizat Amdan.. ” – Komen Netizen



