Artis / Selebriti
” To Fazura, abang Lan minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.. ” – Lan Pet Pet
Video Lan Pet Pet memohon maaf secara terbuka kepada Fazura gara-gara ketelanjurannya bergurau sehingga mengguris hati Fazura. Respon balas Fazura tu touching sangat baca. Salute lah Faz..
Satu insiden yang tidak disengajakan telah pun terjadi antara Fazura dan salah seorang anggota kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet ketika majlis bersama Jakel dijalankan. Ianya menimbulkan banyak ketidakpuasan hati di kalangan warganet terutamanya peminat Fazura. Ketika sedang live, ada yang bertanya bila Fazura akan berkahwin. Lan menjawab pertanyaan itu dengan mengatakan ‘ Hampa tunggu lah sat, bagi dia kering dulu. Baru 2 tahun, bagi masuk 3 tahun, bagi dia ketat sikit “.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Lan Pet Pet, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Lan Pet Pet memohon maaf secara terbuka terhadap Fazura. Lan Pet Pet mengakui kesilapannya itu dan bersumpah, dia langsung tidak mempunyai niat untuk bersikap tidak sopan seperti itu.
Lan Pet Pet juga mengatakan dia sendiri tidak menyedari lawak yang diucapkannya itu mengguris hati Fazura dan peminat Fazura. Dengan penuh rendah diri, Lan Pet Pet memohon agar Fazura dapat memaafkan kesilapan dan kekhilafan yang telah dilakukannya itu.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Fazura pula, telah dikongsikan sekeping gambar beserta kapsyen yang menjawab kepada video Lan Pet Pet itu. Fazura bukan lah seorang yang pendendam dan Fazura mengambil pendekatan untuk tidak memanjangkan isu tersebut.
Jom tonton video di bawah :
Respond balas daripada Fazura yang dikongsikan di media sosialnya :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Bukan senang nak tengok artis ni minta maaf.. sempoi abg… kita tak perfect… yg penting kita akur.. “
” Alhamdulillah. Moga jadikan pengajaran bersama. InsyaAllah, saya pasti Fazura pun pasti dah maafkan. Hatinya lembut. Sebab tu kami fans ramai sayang dia & protect her juga yang termampu. Moga yang baik-baik untuk semua. Dan tak berulang lagi di masa hadapan.. “
” Terbaik abg lanpetpet sedar dgn kesilapan terus mohon maaf. Lepas ni abg lan kena berhati2 ya. Abg lan org baik. Gurau kasar dgn fatinwanteh xpa na.. “
” Masya Allah Tabarakallah, mulia sungguh hati Fazura. Beliau memilih untuk segera memaafkan. Walaupun hati pernah terguris. Keinginan mencapai redha Allah swt adalah lebih utama.. Salute dekat Fazura.. “
” In sha allah faz. memaafkan adalah perkara paling baik. faz memang berjiwa besar.. Alhamdulillah selesai. Semoga Faz & Fatima sentiasa dlm lindungan Allah, mendapat keredhaan-Nya & rahmat-Nya, serta sentiasa dikelilingi orang² yg berniat baik terhadap kalian berdua.. “
” Mommy Gorgeous Punya Hati yang bersih dan murni.. Alhamdulillah,seindah wajah Dan budi pekerti.. Mudahan Faz, Fatima & kita semua sntiasa dalam redha n kasih sayang ALLAH setiap masa dunia dan akhirat aamiin aamiin aamiin Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim Ya Hayyu Ya Qayyum.. “
” Saya menangis membaca ini. Redha Fazura dengan ketetapan Allah dan kesediaannya untuk memaafkan dan bergerak ke hadapan benar-benar memberi inspirasi. Semoga Allah memberi ganjaran kepada anda atas kesabaran dan rahmat anda. Anda memberi inspirasi kepada ramai daripada kami.. “

Alhamdulillah, perkara ini dapat diselesaikan secara baik dan semuanya atas budi bicara Fazura yang penuh dengan sifat pemaaf. Semoga ini menjadi pengajaran tidak hanya untuk Lan Pet Pet tetapi juga untuk semua orang agar sentiasa menjaga percakapan walaupun sekadar gurauan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Lan Pet Pet, IG Fazura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ayat mama pun padu berapi, mana papa tak sentap. Terus sedar diri, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jawapan yang bijak. Selera masing-masing kan, jangan judge.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku makan, roti tu pammm jatuh.. ” – Syamsul Ghau Ghau
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen

