Artis / Selebriti
” Time senyum tu rupa kak Erra habis, lawa cun melecun.. ” – Netizen

Video Terbaru Anak Erra Fazira, Engku Aleesya Yang Kini Sudah Berusia 14 Tahun Raih Perhatian Warganet. Alahai Makin Besar, Makin Cantik Dan Manis Aleesya Ni. Bila Senyum Tu, Auto Nampak Muka Erra !!
Perkahwinan Erra Fazira bersama bekas suaminya, Engku Emran dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Engku Aleesya. Sememangnya kehidupan peribadi bekas ratu cantik ini menjadi perhatian warganet. Apatah lagi Erra masih berstatus single sehingga kini dan Aleesya juga terkena tempiasnya.
Meninjau akaun Instagram Errafazira1, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Aleesya bersama seorang lelaki. Dengan muzik lagu viral Nur Nilam Sari versi Pinjam Seratus, lelaki ini membuat miming dan menyanyi di tepi Aleesya.
Aleesya yang sedang makan biskut hanya tergelak dan menghulurkan sekeping biskut kepada lelaki tersebut. Wajah Aleesya ketika mengukir senyuman diakui oleh ramai warganet saling tak tumpah seperti Erra. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Aleesya seorang anak yang lemah lembut tutur katanya dan pemalu orangnya. Untuk rekod, Aleesya kini sudah pun berusia 14 tahun. Sudah besar anak dara Erra ini, bak kata warganet seperti melihat Erra ketika zaman kegemilangan Sembilu.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, lebih 3000 tanda suka telah pun direkodkan dan antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Mewarisi kecantikan mamanya. Makin besar makin cantik macam kak Erra. tak puas tengok senyuman dia.. ”
” Alhamdulillah cantik persis wajah ibunya.. betul-betul ikut muka Kak Erra, lawa.. mesti bertambah cantik bila dah buka braces nanti.. ”
” SubhanAllah cantik anak dar4 Erra ni. Seiras wajah Erra dalam filem Sembilu. Aleesya ni bayangan Erra masa muda dulu.. ”
” Muka Erra sangat, part senyum tu terus terpancar wajah Erra Fazira. Lembut sopan je orangnya, suka tengok wajah Aleesya.. ”
” Time senyum tu rupa kak Erra habis.. cantik macam mama dia lah. Copy paste sungguh, lawa cun melecun.. ”
” Alahai comelnya, dah jadi anak remaja Aleesya. Muka tu makin terlihat photostat muka mak dia.. lawa , sikit lagi ramai beratur nak jadi pakwe.. ”
” Tengok Aleesya senyum dengan kita-kita pun tersengih sekali. Makin manis lah anak gadis Erra ni. Muka cantik macam Erra masa muda.. ”
Tak jemu melihat keayuan wajah anak Erra ini, mesti ramai yang nak isi borang jadi menantu nanti ni. Apa-apa pun, semoga Engku Aleesya gembira selalu bersama keluarga tersayang, menjadi anak yang soleh dan membanggakan kedua ibu bapa kelak.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Errafazira1
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Viral3 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen