Connect with us

Artis / Selebriti

” Thank you so much sebab jadi mak tiri yang tak pernah kedekut, tolong daddy bila daddy tengah susah.. ” – Thalita

Perkongsian Thalita sempena hari lahir ibu tirinya, Watie Hanifiah buat ramai tersentuh. Sebaknya baca apa yang Thalita tulis tentang mummy dia..

Meninjau di akaun TikTok milik anak perempuan Shuib Sepahtu, Thalita, telah dikongsikan sebuah video dan ucapan istimewa yang ditulis khas buat ibu tirinya, Watie Hanifiah. Ucapan tersebut ditulis sempena sambutan hari lahir Watie yang diraikan beberapa hari lalu.

Menerusi ucapan itu, Thalita mengucapkan terima kasih kepada Watie kerana telah menjadi seorang ibu tiri yang sangat baik, penyayang dan tidak pernah berkira. Akui Thalita, Watie merupakan tempat dia meluah perasaan dan berkongsi cerita, malah kasih sayangnya terhadap Watie sudah seperti ibu kandung sendiri.

Selain itu, Thalita turut meluahkan penghargaan kepada Watie kerana sanggup membantu daddynya ketika berada dalam keadaan susah. Luahan jujur daripada Thalita itu memperlihatkan keikhlasan Watie dalam menerima dan menjaga keluarga tersebut sepenuh hati.

Menerusi video yang dikongsikan, Thalita turut memaparkan momen-momen indah bersama Watie yang sarat dengan kemesraan dan senyuman. Perkongsian tersebut bukan sahaja mencerminkan hubungan akrab mereka, malah turut membuatkan warganet tersentuh.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

@tfrvett

8 february 2026 . happy birthday mummy 🤍 , moga panjang umur murah rezeki , and tata nak cakap thankyou so much sebab jadi mak tiri yang tak pernah kedekut,tolong daddy bila daddy tengah susah . tata sayang mummy sangat ii tau , tanpa mummy tata rasa tata takboleh jadi sekuat ini dan sematang ini , mummy je tmpat untuk tata meluahkan perasaan tataa . walaupun mummy selaluu bebel kat tata , tapi tata still sayang mummy sebab tata tahu semua bebelan mummy tu salah tata , and untuk kebaikan tata jugkk .tata nak mintak maaf tau sebab tata banyak salah dengan mummy .. kita dah banyak susahkan mummy , thankyou sebab tak pernah kedekut , daddy tengah susah mummy tolongg 🙁 . tata janji satu hari nnt tata balas balik kebaikan mummy yaa mummyy 🤍 . tata bersyukur sangat ii ada mak tiri yang macam mummy . tata dah anggap mummy seperti mak kandung tata 🤍 , happy birthday mummy sayangg 🤍. jika tata tidak dapat menjadi seperti anak yang mummy inginkan selama ini , im sorry , tata bnyk dosa dengan mummy ;( 🤍

♬ Ruang Baru Piano – Barsena Bestandhi

Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :

” Tata dah anggap mcm mak kandung” u knw tht word tak mudah. Watie dah buat yg terbaik.. Tq Watieee jagakan anak2 arwah Sarah dengan baik sangat.. “

” Subahanallah.. Tata dah buktikan pade netizen.. Siapa sikap sebenar kak watie, dulu kate mmy menumpang kesenangan ddy.. Yg dulu kate mmy watie negatif.. Semoga dipermudahkan segala urusan mmy nak bersalin nanti.. “

” The way dia jdi mak yg tak fake utk anak ii so anak ii selesa dengan keharian dia.. Ahhhh kenapa aku yang menangis ni.. “

” Semoga Allah pjgkan umur mummy utk banyak lagi masa ngan ank2 mummy smua. Satu dlm sejuta nk dpt yg baik mcm ni. tata pun ank baik mummy pun baik. smua family ni baik2.. “

” Mommy Watie ialah mommy sambung terbaik kiriman dr Allah. Terima kasih Allah hadirkan di dlm keluarga ini. Rahmatilah keluarga ini di dunia juga akhirat. Aamiin.. “

” Thank you mummy dah jadi mummy yg baik, ikhlas dan penuh dengan kasih sayang.. Semoga mummy dipermudahkan segala urusan, murah rezeki Dan panjang umur selalu.. “

” Aaa sedih la camni.. Cute… Anty pulak cry baca ucapan tata kat mummy Watie.. Apapun semoga sihat” slalu dimurahkan rezeki and happy birthday to Watie.. “

Daripada penulisan Thalita itu, jelas menunjukkan bahawa Watie merupakan seorang ibu tiri yang sangat penyayang sehingga membuatkan anak-anak tirinya berasa selesa dan disayangi di bawah jagaannya. Malah, warganet turut beranggapan bahawa pilihan Shuib menjadikan Watie sebagai isteri adalah satu keputusan yang sangat tepat.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok tfrvett

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Elianto Skin Tint

Trending

Copyright © Berita Kopak