Connect with us

Artis / Selebriti

” Tetap menjaga batas walaupun pre-wedding. Love sangat vibe-vibe lama, klasik gitu.. ” – Komen Netizen

Video pre-wedding Erra Fazira dan Ezwan Zain raih perhatian ramai. Wah cantik betul video, nampak klasik dan elegent. Macam vibes dulu-dulu, memang wow sangat.. 

Sehingga ke hari ini, perkahwinan primadona kesayangan Malaysia, Erra Fazira dan lelaki pilihan hatinya, Ezwan Zain masih lagi menjadi topik perbualan ramai. Kemeriahan majlis pasangan ini dan cara Ezwan meratukan Erra menerusi kejutan yang diberikan sepanjang majlis dipuji oleh warganet.

Sebagaimana pasangan pengantin lain, Erra dan Ezwan juga merakamkan video pre wedding mereka yang mana sebahagian gambar menarik dalam video ini dijadikan sebagai dekorasi yang dipaparkan ketika majlis ijab qabul Jumaat lalu di Rinjani Majestic, Shah Alam.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ezwan Zain, telah dikongsikan video penuh pre wedding Erra dan Ezwan. Memilih Jonker Walk Melaka sebagai lokasi video mereka, tema klasik dipaparkan menerusi video ini. Komen warganet, vibes zaman dulu-dulu dan sangat menarik.

Ramai yang memuji kualiti video pre wedding Erra ini. Apa yang lebih menjadi perhatian adalah bagaimana Erra dan Ezwan menjaga batas mereka. Menonton video ini sampai ke akhir membuatkan ramai di kalangan warganet tersenyum sendiri dan turut merasai kebahagiaan pasangan ini.

Jom tonton video di bawah :

@ezwan_zain

Pre-Wedding #majlis #nikah #kenangan #pengantinbaru #fyp

♬ original sound – Ezwan_Zain – Ezwan_Zain

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Siapa ulang banyak kali kumpul sini.. rasa bahagia sangat alahaii.. nyampah betul rasa macam senget² muka dok senyum dari tadi haha.. “

” Cantik lah. buat video kat bandar Melaka tk bagi tahu orang Melaka pun.kami nk bergambar sekali.. Apasal Aku Dari tadi Senyum je . Yg kawin erra bukan Aku.. “

” Pre wedding yang menjaga batas… syabas erra dan pasangan.. Kalah yg baru 1st time kahwin.. mmg wedding of ending year 2025.. ni baru high value women.. “

” Aku kena marah ngan suami aku… sbb tgj phone asyik senyum senyum.. erra fazira ni memang cantik, tanpa mekap pun manis.. suka gambar erra duduk atas vespa tu.. “

” Love this picture, ttp menjaga batas walaupun pre wedding. Selamat Pengantin Baru kepada kedua-dua pasangan mempelai. Semoga hidup korang penuh dengan cinta, kebahagiaan, dan kejayaan yang tidak terhingga. Allahuma Aamiin.. “

” Terasa kebahagiaan tu sampai ke hati kami semua.. bila seorang wanita bahagia.. wanita lain jgk turut tsenyum.. tumpang gembira.. love sangat vibe vibe lama.. klasik gitu.. “

” Jiwa klasik Ezwan ni.. Ingatkn AI td.. real rupanyaaa.. smarttt betul kualiti vdeo ni.. best part yg berlari tu.. alolo comelnya lovebird ni.. “

Video pre wedding yang cantik dan paling penting, Erra dan Ezwan saling menjaga batas dan tidak ada langsung aksi bersentuhan. Klasik dan pemilihan Melaka memang sesuai dengan tema pasangan ini. Semoga kebahagiaan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat dan sentiasa dalam rahmat Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Ezwan_zain  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak