Artis / Selebriti
” Terus teringat Opie Dunia Baru, gaya sebijik mak dia.. ” – Komen Netizen
Video terbaru anak Elyana, Cinta Sumayyah yang kini sudah meningkat remaja raih perhatian ramai. Wah, sebiji copy paste Elyana masa muda. Gaya rambut dan penampilan pun sama. Dah macam tengok watak Opie dalam drama Dunia Baru..
Anak kepada penyanyi Elyana, Cinta Sumayyah kini semakin membesar dan tampil sebagai seorang remaja. Ramai netizen memuji rupa parasnya yang dikatakan copy paste Elyana ketika muda. Sekali pandang, seperti melihat Elyana pula.
Bukan sahaja raut wajah, malah gaya dan aura Cinta Sumayyah juga seakan-akan menggambarkan pesona Elyana suatu ketika dahulu. Ada yang mengatakan mengingatkan mereka kepada watak Opie dalam drama popular Dunia Baru yang dilakonkan oleh Elyana.
Elyana telah berkongsi sebuah video yang memaparkan Cinta Sumayyah tampil dengan memakai jaket dan juga berseluar jean. Dengan gaya rambut dan penampilannya ini memang saling tidak tumpah seperti Elyana ketika remaja dulu.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Melihat Cinta Sumayyah seperti kembali ke zaman awal 2000 kerana bayangan dirinya memaparkan zaman kegemilangan Elyana dahulu.
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata netizen sememangnya mengakui Cinta Sumayyah mewarisi wajah ibunya. Antara komen-komen yang diberikan :
” Ya Allah kejap je dh besar cintaaaaaa opie junior.. semoga terus berjaya anak. Apa yg kamu usahakan kamu dapat.. aminnnn .. “
” Terus teringat opie dunia baru..opie junior ke ni.. gaya sebijik mcm mak dia, Allahu sebijik cam mama nya berlakon cerita Opie dlu … omomo.. “
” I saw Elyana in her, yg saya minaaatt betul masa sekolah rendah dulu, Sebiji mcm mak dia…kita minta giler kot ngn mak dia dulu2.. sampai style dia pon kita ikut .. “
” Kak Yana junior lahh.. OOTD pun sebijik & sejibik. My, how time flies, Dari fesyen pakaian Sumayyah nampak dia punya taste yg sama mcm bonda dia masa muda belia Vouge.. “
” Wahhhh … Mcm mak dia masa zaman kegemilangan . Elyana junior… teringat zaman remaja kak Elyana dulu drama dunia baru.. “
” Mcm tgk c opie bha… Elyana version 2026. Mcm elyana lah …. Ada dah waris ikut mak dia.. Talk to my manager lets gooo.. “
” Macam tengok Elyana masa muda remajaaaa.. Calon untuk Talk To My Manager 2. Go for it, Kak Yana.. Dah sama mcm anak Sharifah Shahirah.. “
Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Cinta Sumayyah mewarisi kecantikan ibunya. Semoga Cinta Sumayyah terus membesar menjadi anak yang solehah, berakhlak mulia dan sentiasa berada dalam lindungan serta rahmat Allah SWT.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elyana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila tak sempat ikut resepi, tapi sempat ikut menari je.. ” – Abby Abadi

