Artis / Selebriti
” Terus tergagap member tu. Sekali dah merah muka, haha.. ” – Komen Netizen
Video Aidil Aziz menyakat Boss James ketika bertemu di set rancangan MeleToP buat ramai terhibur. Alamak, sampai merah muka James lepas kantoi tengah tunggu kekasih hati dia, haha..
Bagi peminat yang sering mengikuti pengacara terkenal, Hawa Rizwana, pasti menyedari yang Hawa kini dilihat semakin rapat dengan pempengaruh media sosial, Boss James. Keakraban mereka kerap mencuri perhatian warganet, apatah lagi setiap perkongsian yang dimuat naik oleh kedua-duanya sering menerima pelbagai reaksi dan komen.
Hubungan rapat mereka kembali menjadi tumpuan apabila sebuah video dikongsikan di akaun TikTok milik pelakon Aidil Aziz, yang juga suami kepada Fasha Sandha. Video tersebut memaparkan Aidil menyakat Boss James ketika mereka sama-sama berada di set rancangan popular, MeleToP.
Menerusi rakaman itu, Aidil dilihat bertanya kepada Boss James mengenai siapa yang sedang diperhatikannya. Soalan spontan itu membuatkan Boss James hanya mampu ketawa sambil wajahnya kelihatan merah kerana menahan rasa malu apabila diusik secara terbuka.

Tidak terhenti di situ, akaun Instagram rasmi MeleToP turut berkongsi sebuah video yang memaparkan Boss James sebenarnya sedang menunggu Hawa yang ketika itu bertugas sebagai pengacara rancangan berkenaan. Perkongsian ini sekali lagi telah menarik perhatian ramai.
Tonton video di bawah ini :
@itsaidilaziz @Boss James teman kawan..😁. Kalau nak teman selalu kena mengucap dulu🙂. fyppppppppppppppppppppppp fypシ゚viral
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Terus tergagap member tu. Sekali dah merah muka, haha.. Thanks Aidil haha.. Blushing terus yer Boss James.. “
” Kali ini versi special sikit Chinese & Malay.. Untung lah siapa dapat Hawa, orangnya cantik, sopan santun.. “
” Untunglaa klau dah jodoh.. Baik Boss James ni. Btw sweet tengok Boss James dan Hawa, nampak macam sepadan je.. “
” Dalam hati dah ada taman lah Boss James sekarang, haha manyak happy loooo.. Kali ni tengok mcm serius je, hehe.. “
” Bila kau betul2 dah sayang sangat2 dengan pasangan, sanggup tunggu berjam2 pun. So sweet lerrr Bos James.. “
” Hahahahha..ni second batch BASS ka.. Ok la tu sama2 bijak nnt ank2 pun comel dan bijak, hhee moga berjodohan.. “
” Aku pula senyum2 tengok video ni… Betul rasanya James n Hawa tengah hangat bercintaaaaa…. Tengok Boss James pun dah tahu jawapan.. “
Selain menyukai perkongsian video tersebut, ada warganet yang menyakat Hawa dan Boss James kelihatan sepadan, malah tidak kurang juga yang mendoakan agar hubungan rapat itu melangkah ke fasa seterusnya. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik buat kedua-duanya.

Silakan SHARE..
Sumber :TikTok itaidilaziz, IG meletop
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Jawapan yang bijak. Selera masing-masing kan, jangan judge.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ayat mama pun padu berapi, mana papa tak sentap. Terus sedar diri, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantiknya, macam Che Puan Khaleeda bakal menantu Abby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku makan, roti tu pammm jatuh.. ” – Syamsul Ghau Ghau
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bertuah korang dik, dapat jumpa Biduanita, siap kena belanja makan.. ” – Komen Netizen

