Artis / Selebriti
” Terus nampak muda 20 tahun lah. Cantik sangat mummy.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Alha Alfa makeup Didie Alias bertemakan Dreamy Princess Royalty buat ramai yang terpegun melihat hasil solekannya. Wow, cantiknya Didie, terus nampak macam ala-ala princess dan jauh lebih muda. Didie sendiri pun terkejut tengok muka dia..
Nama jurusolek terkenal dan usahawan kosmetik, Dato’ Alha Alfa sememangnya tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Kepakarannya dalam dunia solekan profesional sering menjadi sebutan, malah setiap hasil sentuhannya pasti mencuri perhatian.
Sepanjang bulan Ramadan ini Dato’ Alha akan memuatnaik siri khas hasil solekannya terhadap selebriti tanah air. Perkongsian tersebut membuatkan ramai teruja kerana bukan sahaja dapat melihat hasil akhir solekan, malah turut dapat menyaksikan proses transformasi yang dilakukan secara terperinci.
Terbaru, Dato’ Alha memuatnaik video menyolek pelakon versatil, Didie Alias dengan tema “Dreamy Princess Royalty” di akaun Instagram miliknya. Konsep ini menampilkan elemen lembut, elegan dan mewah serta menonjolkan sisi anggun Didie yang mungkin jarang dilihat oleh umum, memandangkan Didie lebih sinonim dengan karakter komedi yang mencuit hati.

Menerusi video tersebut, jelas kelihatan perubahan ketara pada wajah Didie sebaik sahaja selesai disolek. Solekan lembut dengan sentuhan glamor menjadikan penampilannya tampak begitu mempesona, seolah-olah seorang puteri diraja moden dan jauh lebih muda daripada usianya yang sebenar.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Terus nampak muda 20 tahun lah. Cantik sangat mummy makeup macam ni.. I love giler looks nih, kudos Dato.. “
” Cantiknya mummy bertudung dgn make up mcm tu i like.. Serius nampak manis dan muda sangat2 tau.. “
” She is pretty by nature.. Dah kena hasil tangan Dato’ Alha, makin letooooooop lah mummy Didie kita, cantikkkkkkkkk sangt2.. “
” Cantiknya mummy Didie, terus nampak lain dan muda.. Manisnya mummy Didie bertudung macam tu.. Alahaiiii terpegun tengok.. “
” Sebijik sama macam muka anak-anak mummy. Terus nmpk muda lah mumyyy.. Saya suka saya sukaaaaaa.. “
” Hahahhaahhaha awwww.. Tak kelakor mmg tak sahh ler mummy.. Apa pun mmg chantekkk sgt lah mummyyyyy.. “
” Vibe mcm masih anok dara.. Wahhh nampak mewah.. Part gedik gedik last tu kemain comel lagi lah kita tengok.. “
Warganet meluahkan rasa teruja dan tidak putus-putus memuji hasil kerja Dato’ Alha dan juga kecantikan Didie. Ada yang menyifatkan transformasi itu sebagai luar biasa. Jelas sekali, kreativiti serta konsistensi Dato’ Alha terus membuktikan Dato’ Alha berada dalam kelas tersendiri dalam industri kecantikan tanah air.

Silakan SHARE..
Sumber : IG alhaalfa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 hours ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Laju wey, siap drift lagi tu, hebat .. ” – Komen Netizen

