Artis / Selebriti
” Terus jadi hyper yer Kak Long. Cara cakap pun dah tak ada lembut-lembut, haha.. ” – Komen Netizen
Video perbualan Amira Othman bersama Michael Ang dalam sebuah rancangan buat ramai terhibur. Kelakar juga Kak Long ni, asyik membahan Michael je. Tak pernah lagi tengok Amira macam ni, terus hilang keayuan bila berbual dengan kawan rapat, hehe..
Meninjau di akaun TikTok milik ancmeksiskwje, telah dikongsikan video yang memaparkan pelakon dan penyanyi, Amira Othman bersama pengarah drama, Michael Ang dalam sebuah rancangan bernama Sembang Kuali. Menerusi video itu, kedengaran mereka berdua berborak pelbagai topik.
Sempat Amira menyakat Michael tidak mahu mengambil dirinya berlakon dalam drama arahan Michael kerana Amira tidak mahu berpegangan tangan dengan hero. Amira meminta Michael membuat scene memegang tangan dengan menggunakan kaedah camera trick.
Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ramai yang terhibur melihat telatah Amira yang asyik menyakat Michael. Usik warganet, Amira tidak lagi kelihatan malu-malu ketika bersama dengan Michael, malah Michael yang nampak lagi sopan daripada Amira.

Selain itu, scene Amira berkata asam keping seperti telinga juga mencuit hati ramai. Sehingga kini, video Amira dan Michael telah ditonton lebih empat ratus ribu tontonan dan menerima puluhan ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@userrrr21045 memang masuk air jugak Amira Othman ni yaa, tapi dalam pada tu tetap sopan juga tutur kata pon 🤣🤣🤣 #amiraothman #fattmira #fyp
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Terus jadi hyper yer Kak Long. Cara cakap pun dah tak ada lembut-lembut, haha.. Lawak jg Amira ni… Suka dgr dia gelak.. “
” Hahaha comel la Kaklong ni.. Siapa.yg tengok ulang banyak kali. Suka tengok the real AO.. Patut lah Fattah sekarang dah aneh2, ikut AO.. “
” Biasanya kalo dgn kwn rapat mmg boleh sembang camni.. Knp dlm ni Mike lebih sopan daripada Amira, hahaha.. Kelakar lah.. “
” Sama dulu pun panggil mcm telinga asam keping tu.. Rupanya bukan aku sorang lah, Amira pun sama.. Jarang ek Mike jadi sopan, haha.. “
” Hahahahhha dah tak cover cover ehhh, bertubi2 dia bagi dekat Mike, auto Mike jadi sopan tak melawan pun cakap AO, haha.. “
” Kau taktakut dosa ke nyahh, setempek dia bagi dekat Mike.. Best dengar Amira ketawa, sekali kita yang dengar pun ketawa juga.. “
” Wehh ingat aku sorg pgil asm kpg tu telinga.. Up lagi video, kelakar tengok dua2 ni bila berborak.. Amira dah tak sopan2, hehe tertukar dengan Mike.. “
Hilang terus keayuan Amira apabila bercakap dengan Michael. Tak henti-henti Amira menyakat Michael sampaikan Michael pula nampak lebih sopan daripada Amira. Apa-apa pun, perkongsian video ini hanyalah sekadar gurauan antara Amira dan Michael dalam rancangan tersebut.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok ancmeksiskwje
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti1 day ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adoi Syafiq Kyle, tersedak aku makan dengar dia karok. Terkejut dengar, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kak Lina salah makan ubat gegat ke tadi ni. Risau tercabut kepala tu kang Kak Lina, haha.. ” – Komen Netizen

