Artis / Selebriti
” Terus daddy tak jadi kerja. Daddy yang melekat dekat Zara ni, haha.. ” – Komen Netizen
Video Datin Alyah membawa anaknya, Nur Izzara ke rehearsal Gegar Vaganza raih perhatian warganet. Wah Zara teman Daddy kerja lah. Behave betul Zara, daddy pulak yang tak boleh berenggang dengan Zara. Sisi lain Tok Ram di sebalik wajahnya yang serius..
Kehidupan Dato’ Ramli MS atau mesra dengan sapaan Tok Ram dan isterinya, Datin Alyah semakin bahagia sejak kehadiran anaknya, Nur Izzara. Walaupun sibuk dengan tuntutan kerja, namun Tok Ram tetap mencuri masa agar dapat meluangkan masa bersama Zara.
Meninjau entry di akaun Instagram Datin Alyah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Datin Alyah membawa Zara mengikuti Tok Ram ke rehearsal Gegar Vaganza. Baik sahaja kelakuan Zara dan langsung tidak kelihatan Zara meragam atau menangis.
Tok Ram beberapa kali mengambil Zara dan meribanya. Nabil dan Jihan yang berada di atas pentas pun excited melihat Zara berada di atas ribaan Tok Ram. Dapat juga dilihat Tok Ram bercakap dengan Zara dan berulang kali mengucup pipi Zara.

Gelagat Tok Ram bersama Zara itu mendapat perhatian warganet. Jika dahulu orang melihat Tok Ram yang selalu serius dan berwajah garang, sekarang sisi lain Tok Ram yang selalu tersenyum dan suka bergurau dapat dilihat. Dapat dilihat dalam video-video sebelum ini, Tok Ram ini sememangnya seorang daddy yang penyayang.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Orang berusia.. bila dapat anak kecik.. memang sayang dia lain macam tau.. sayang tu memang sayang sungguh-sungguh.. “
” Tak pernah tengok Tok Ram macam ni.. MasyaALLAH.. benarlah anak perempuan tu cinta hati seorang ayah.. “
” Sayang sungguh tomram kt zara. Seronok tengok happy-happy je semua.. Nama pun anak pemuzik. rileks je bunyi kuat2 ni .comey la Zara.. “
” Bukan Zahra yang lekat dengan dedi, dedi yang melekat kat Zahra.. ada juri tambahan lah.. juri paling comel.. Bagusnya, bising pin relex je anak Tok Ram. Ada baby will cry.. “
” Tok Ram nampak muda sejak ada baby Zara.. Alahai comel.. terus daddy xjadi kerja haha.. asyik jeling zara je.. “
” Behavenya Zara.. geram auntie.. tak boleh berenggang ye zara dengan daddy.. Alhamdulilah… semoga keluarga nya sakinah marwadah warahmah.. “
” Behave lah dia.. bijak sangat Zara ni.. lebih ke muka tok ram dah zara ni. pengikat kasih sayang tok ram dan alyah.. “
Seronok warganet melihat sikap dan layanan Tok Ram terhadap Zara. Sayang betul Tok Ram terhadap si kecil ini. Pengikat kasih sayang antara Tok Ram dan Datin Alyah. Semoga Zara terus membesar menjadi anak yang solehah dan kebanggaan daddy dan mommy.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Alyah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil
-
Artis / Selebriti3 days ago” Laju wey, siap drift lagi tu, hebat .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

