Artis / Selebriti
” Tersandar Hannah dibuatnya, jem la macam ni Fafau, haha.. ” – Komen Netizen

Video Fara Fauzana Menelefon Untuk Membuat Tempahan Hotel Di England Sempena Perlawanan Akhir Bola Sepak Eropah Buat Warganet Terhibur. Adui Fafau, Confident Sungguh, Sekali Salah Lah. Tepuk Dahi Hannah Delisha Dekat Sebelah, Haha !!
Fara Fauzana antara penyampai radio yang diminati ramai kerana celotehnya yang menghiburkan hati pendengar. Fara bergandingan bersama AG Azmeer dan Johan Raja Lawak untuk slot Bekfes Hot. Saban hari, ada sahaja jenaka dan kenangan melucukan yang terjadi antara mereka bertiga.
Meninjau akaun Instagram Hot FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fara membuat panggilan telefon ke sebuah hotel di kota England. Tujuan panggilan ini dibuat adalah untuk menempah bilik penginapan di sana sempena Perlawanan Akhir Bola Sepak Eropah.
Turut sama berada di konti adalah pelakon, Hannah Delisha yang duduk di sebelah Fara. Hannah mendengar sahaja perbualan suara antara Fara dan pekerja hotel. Fara dengan penuh yakin bercakap dalam bahasa Inggeris dan memberitahu pekerja hotel tersebut dia ingin menonton perlawanan akhir England menentang Spain.
Pekerja hotel tersebut memberitahu Fara yang Fara sepatutnya menempah hotel di Jerman kerana perlawanan itu akan berlangsung di sana. Tergelak besar Johan dan AG kerana kesilapan Fara itu. Farah kata tahu semua mengenai bola sepak, alahai Fara. Hannah pula sehingga tertunduk dan menutup muka menahan ketawa.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet, Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Lain kali bab English ni, tunggu aku masuk konti. Jangan buat malu orang Melayu, haha.. ” – KJ
” Hahahahahahahah.. nasib baik dia tak cakap england vs man utd.. Tersandar Hannah dibuatnya, Fafau Fafau.. ”
” Kahkah Fafau ko punya yakin tu takde sape boleh lawan lah haha. Fafau dah mabuk laut kot ni.. ”
” Geli hati baca komen KJ sebab dalam hati pun cakap macam tu.. Serius la fafau, lucu betul yakin kemain lagi.. ”
” Dekat dh tu England Dngan Jerman Fara. Sbb England bleh pegi final kan. Final main kat England laa ..
” Fara Fara, jem la macam ni haha. Aku rasa orang hotel tu pun tahan ketawa melayan Fara.. England dengan German lain nau ejaan tu haha.. ”
” Salah KJ sebab KJ tak masuk konti la ni haha. Fafau buat malu malaysia tau.. radio station pulak tu. confident beli mana fafau, aku ketawa tak henti tau, haha.. ”
Kelakar betul lah Fara, ini baru betul ‘ tahu ‘ segalanya tentang bola sepak. Pandai AG coverline, itu pun dalam masa yang sama tergelak dengan telatah officemate ya ini. Ketika Off record, tentu lagi terbahak ketawa geng pagi Hot dan Hannah ini. Pengalaman yang akan menjadi kenangan untuk Fara.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Hot FM
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Alhamdulillah, setiap detik dalam hidup ini ialah Anugerah yang patut kita syukuri.. ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Akhirnya dengar Kias Cinta versi Hadie dan Sallman. Suara tu ada feel dan rasa sayu.. ” – Komen Netizen