Artis / Selebriti
” Terkesan dengan drama ni. Lakonan Bell pun bila serius buat kita menangis.. ” – Komen Netizen

Video drama pendek terbitan Pak Mat Western lakonan Bell Ngasri dan Nasir Bilal Khan buat warganet sebak. Banyak pengajaran yang diberi dalam iklan ini. Jarang Bell nak berlakon sedih macam ni, memang touching sangat..
Pak Mat Western sememangnya sering tampil dengan iklan-iklan yang menarik. Ramai juga selebriti tanah air yang pernah bekerjasama bersama Pak Mat Western antaranya Fattah Amin, Bella Astillah, Que Haidar dan yang paling terbaru adalah pelakon awet muda, Bell Ngasri.
Menerusi perkongsian video di akaun Instagram Pak Mat Western, telah dimuatnaik satu video yang menampilkan lakonan hebat Bell bersama Una dan Nasir Bilal Khan. Kisah yang dipaparkan dalam video ini memberi banyak pengajaran kepada semua yang menontonnya.
Lakonan Bell memang mantap. Sesekali Bell membawa watak serius dan drama air mata, penonton pun boleh dibuai dengan emosi dan menangis. Sesibuk mata pun kita dalam kehidupan harian lebih-lebih lagi ketika mencari rezeki, jangan sesekali melengahkan waktu solat kerana di situlah ada keberkatannya.
Drama ini juga mengingatkan semua mengenai tanggungjawab seorang suami dalam memberi nafkah kepada isteri. Selain itu juga, ianya mengajar penonton yang adab itu penting dalam kehidupan seharian tidak mengira dengan siapa pun kita bercakap. Ada kalanya percakapan kita yang kasar boleh mengguris hati orang lain.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Moga ibadah kita selama ni diterima.. Bagusnya pakmat western buat drama nasihat begini, masyaAllah. semoga terus berjaya dunia dan akhirat.. “
” Di sebalik kejayaan suami ada doa seorang isteri.. sbb tu pentingnya cari isteri yg jga solat.. klu isteri jga solat.. sehari 5 waktu dia pasti doa utk si suami.. “
” Cerita ni banyak kisah dan pengajaran sebenarnya.. aduh kalah lagi dengan drama sedih pak mat ni.. “
” Moga ibadah kita diterima.. terkesan dengan drama ni. lakonan bell pun bila serius buat kita menangis.. “
” Mesej ni sangat mendalam walaupun promo untuk marketing.. Bertakung ayaq mata dkt part baling duit dkt pakcik tu.. “
” Bagus content content macam ni.. lama tak tengok bell ngasri bawa watak macam nii.. walaupun drama pendek.. tapi sampai.. “
” Good pakmat, macam ni lah baru bagus.. short film yang membimbing.. Bell memang seorang pelakon yang hebat.. “
” Tok Adi cukup senyum je dah complete cerita ni. terbaik pak mat western for sharing awareness.. “
Walaupun cuma drama pendek, namun mesej yang ingin disampaikan itu meninggalkan kesan di hati penonton. Ada kalanya kita alpa mengenai tanggungjawab dan adab sehingga melukakan hati orang lain. Semoga pengajaran dalam iklan ini dapat dijadikan iktibar untuk semua.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Pakmatwesterncafe
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dia buat steward tu dah macam member-member dia je. Tu yang paling kelakar tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menyatakan saya berhias, wife pun bersiap-siap tapi Tiara selekeh, anak tak terurus.. ” – Achey
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kening tu memang berubah 360 darjah. Amazing sangat lah, berubah muka dia, tak macam Irma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dulu Eizlan Yusof dah handsome dah, tapi anak dia lagi handsome.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Wah menurun ke Aafiyah lah suara ibu dia. Sedap dengar, lemak merdu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Fuhh, padu betul suara adik ni. Sekali dia tarik memang ada tone Ziana Zain lah beb.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Habis kalau dia kahwin dengan saya, siapa nak jadi bodyguard Dato’ ? ” – Zizan Razak
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Mesti masa ni Spacedollah dan Mama YB gelak guling-guling. Lurus betul weh, haha.. ” – Komen Netizen