Artis / Selebriti
” Terkejut tengok, kungfu ke silat. Confuse kejap, haha.. ” – Komen Netizen
Video YB Saddiq menari sempena sambutan tahun baru Cina buat ramai terhibur. Alamak YB Saddiq, menari ke berkungfu tu. Kelakar sungguh tariannya. Bak kata YB, mimpi ngeri siapa yang tengok. Komen Bella Astillah pun comel je..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram YB Syed Saddiq, telah dikongsikan satu video yang memaparkan YB Saddiq sedang menari satu tarian sempena sambutan tahun baru Cina. YB Saddiq memakai baju tradisional kaum Cina berwarna merah.
Ramai sedia maklum yang YB Saddiq tidak berbakat dalam tarian. Namun YB Saddiq mencuba sebaik yang mampu untuk menghiburkan semua rakyat yang berbangsa Cina. YB Saddiq juga mengatakan tariannya itu boleh memberikan mimpi ngeri kepada semua yang menonton.
Memandangkan tarikh tahun baru Cina dan awal Ramadhan bersambung, YB Saddiq turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua yang beragama Islam. YB Saddiq kelihatan begitu tampan dan bergaya dengan mengenakan busana baju Melayu.

Ramai yang memberikan komen mencuit hati selepas menonton video oleh YB Saddiq ini. Tidak hanya orang awam, kekasih hati YB Saddiq, Bella Astillah turut meninggalkan komen yang menggeletek hati warganet. Alahai YB kesayangan orang Muar ini, semakin hari semakin kelakar.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 33 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Jadi-jadi, ada macam kungfu mix silat sikit haha.. terima kasih YB.. Selamat menyambut Bulan Ramadhan.. “
” Kungfu + Silat = Kulat haha.. ingat ke td yb nk buat tarian singa.. selamat menyambut ramadhan al mubarak ironman & semua umat islam.. “
” Dah mcm Naruto YB.. xpe asalkan YB yg buat semua boleh.. Selamat menyambut bulan Ramadan YB dan semua umat Islam.. “
” Hahaha yb pagi2 dh buat kami terhibur.. Terkejut tengok kungfu ke silat haha.. confius jap, happy cny n selamat menyambut ramadan semua.. “
” Lain mcm la YB SS skrg…. makin berbunga2 dh jiwa lara nya…. agar dipermudahkan urusan membina masjid…. insya-Allah.. “
” Macam nak tersimpul dah tangan tu. Sikit lagi nak keluar ninjutsu . apa-apa pun nampak comel je Yb.. Kalah dah Wong Fei Hong haha.. marhaban ya ramadhan YB Saddiq dan keluarga.. “
” Aku compius..yb bersilat ka berkung fu ni… apa pun Terbaik Ybss.. Salam Ramadhan untuk umat islam semua.. semuga tahun ini Ramadhan yg terbaik untuk kita semua.. “
Komen Bella yang menarik perhatian ramai :

Comel sungguh melihat gaya YB Saddiq menari, namun kesungguhan YB Saddiq itu wajar diberikan pujian. Walaupun tidak pandai menari, YB Saddiq tetap melakukannya demi rakyat tercinta. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak YB Saddiq dan semoga 2026 ini membawa berjuta kemanisan untuk YB Saddiq.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Syed Saddiq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan

