Artis / Selebriti
” Terkejut Bella rupa-rupanya bakal mak mertua telefon, pandai cikgu berlakon.. ” – Komen Netizen
Video ibu YB Syed Saddiq buat prank call dan berlakon sebagai peminat Bella Astillah buat ramai terhibur. Wah menjadi sungguh lakonan cikgu Sharifah Mahani, sampai terkejut Bella bila tahu. Mahu tak berdebar bakal mak mertua yang call, hehe..
Meninjau ke akaun Instagram Era.je, perkongsian sebuah video yang memaparkan panggilan telefon daripada ibu YB Syed Saddiq iaitu Puan Sharifah Mahani terhadap Bella Astillah telah membuatkan ramai terhibur. Panggilan telefon tersebut merupakan prank buat Bella.
Puan Sharifah Mahani menyamar sebagai peminat Bella dan hanya memperkenalkan dirinya sebagai cikgu sahaja. Bella telah menerima pujian yang cukup menerusi nyanyian serta lagu terbaharunya. Lakonan daripada Puan Sharifah Mahani cukup hebat sehingga Bella tidak menyedarinya.
Namun akhirnya lakonan tersebut terkantoi apabila Bella bertanya nama sebenar pemanggil tersebut. Apabila mendengar nama Puan Sharifah Mahani, Bella dilihat begitu terkejut besar tidak menyangkakan dirinya kena prank sebenarnya.

Perkongsian video ini telah menerima lebih tiga ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Pandai Puan Sharifah Mahani berlakon dan ramai yang memuji kelembutan suara ibu kepada Syed Saddiq ini yang dilihat cukup mesra.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Tunggu jugak bella nak dgr bella bahasakan mak yb apa td..sampai hbs x panggil apa2 …bella control..kot terkeluar panggil mama ke .. “
” Alhamdulillah…semoga Allah SWT permudahkan segalanya dan eratkan hubungan Bella dan Mama yb Syed Saddiq dengan penuh kasih sayang sampai syurga… Aamiin.. “
” Ya Allah tak sangka betul tu mama yb.. terkejut bella rupa2nya bakal mak mertua tell.. Mama ybss sweet jer.. Hahaaha Berdebar2 bella suara MIL.. “
” Next level era ek. Bakal mother in law terus dia bawak .. Lembut ya mak yb ckp dgn Bella.. Pandai mama berlakon eh. Hahahha.. “
” Cikgu.. berani dia nakal kan anak cikgu.. Bella kena usik dgn bakal mak mertua,tp menantu mak mertua aku pulak yg tersengih.. “
” Amboi dgn aku aku skali tersengehhhh macam org tak betul cikgu wei hahahah pandai cikgu berlakon nohhh.. Bella asyik ckp sound familiar…. Mesti dia kenal sgt suara mak ss.. “
” Awal2 Bella dah mcm dah kenal suara tu. Tp dia xsure sbb cikgu suka lagu dia. Mana netizen yg kata team bass delulu tu …sudah terang lagi bersuluh .. “
Sporting sungguh Puan Sharifah Mahani untuk mengenakan Bella. Dari sini dapat dilihat betapa rapatnya Bella dengan ahli keluarga YB Syed Saddiq. Mahu tidak berdebar apabila bakal ibu mertua membuat panggilan prank call sebegini, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen


