Connect with us

Artis / Selebriti

” Terkedu Fattah tak boleh nak cakap apa. Tokti pun meminta, haha.. ” – Komen Netizen

Video keriuhan live Amira Othman dan Fattah Amin apabila Dato’ Seri Siti Nurhaliza masuk live dan mengusik FattMira buat semua terhibur. Wah Tokti pun approve ni, siap janji nak menyanyi masa kahwin nanti. Blushing teruk Fattah dan Amira, hehe..Β 

Amira Othman dan Fattah Amin semakin menjadi sebutan ramai. Warganet menggelarkan mereka sebagai FattMira dan ramai yang berkenan sekiranya Amira dan Fattah ada jodoh bersama. Gosip hubungan cinta Fattah dan Amira semakin hangat apabila Amira diperkenalkan oleh ibu Fattah kepada saudara maranya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Cute dan Cik Dotty, telah dikongsikan satu video yang memaparkan live terbaru Amira dan Fattah. Ketika sedang live, tanpa diduga biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza turut sama menonton live Amira dan Fattah.

Amira yang ditemani adiknya, Irfan Haris kelihatan ceria sepanjang sesi live itu. Amira juga teruja kerana DS Siti menonton live tersebut, ini kerana Amira adalah peminat setia DS Siti. Suasana menjadi semakin happening apabila DS Siti mengusik Amira mengatakan dia tidak sabar hendak merenjis.

Tergelak besar Amira dan Irfan membaca komen DS Siti itu, Fattah pula tersipu-sipu malu. Amira juga turut mencuba nasib bertanyakan kepada DS Siti seandainya dia berkahwin, boleh atau tidak DS Siti menyanyi di majlisnya itu. Teruja semua yang menonton membaca respon daripada DS Siti.

Jom tonton video di bawah :

@cute08628

#fattahamin #amiraothman #irfanharis #datositinurhaliza #tiktokviral #viral #trending

♬ bunyi asal – cute – cute

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk semua :

” Irfan banyak bocorkan.. hahhaa fattah muka dah takut esok keluar headline nak menjawab apa hahahahahajajaja.. “

” Hmm konfem dah ni.. ribut bila tokti join.. Endorsement from No 1 singer laaaaa.. Paling lama tengok Fattah tersenyum.. tokti memang terbaik lah.. “

” Semoga Fatah n Amira cept2 lah allah jodohkn saya suka dgn mereka berdua Mak Iti ni nk merenjis bakal pengantin Fatah dn Amira dn bila Amira dn Fatah kawin Mak Iti akan menyanyi haha.. “

” Irfan kt blkg tu x leh nk cover dah… yg k.long gn abg long nya kononΒ² nk cover line lg.. kelakar lak dorg 2 ni.. “

” Mak Iti pun approve ni.. abg long pemalu.. sepatutnya mak iti terus tanya bila tarikhnya boleh book date haha.. “

” Banyak hint ek malam ni. Tak sabar nak tunggu announcement tarikh nikah dia orang ni.. Aku rasa confirm dah ada tarikh dah ni.. “

” Terkedu Fattah tak boleh nak cakap apa.. Tokti pun meminta haha.. tak sabar nak merenjis tu yang paling tak tahan tu.. dapat restu Tokti tu.. “

” Woi gempaklah Tok Ti masuk live …. Direstui artis No1 negara pasangan ni. tak sabar nak tgk dato CT merenjis.. “

Bukan setakat Amira dan Fattah yang blushing, semua peminat FattMira juga pastinya tersenyum sendiri membaca komen-komen daripada DS Siti itu. Fattah sampai tak jawab apa sebab pemalu orangnya. Semoga ada jodoh antara mereka berdua, dapat lah kita melihat Dato’ Siti menyanyi di majlis mereka nanti, hehe.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Cute, Tiktok Cik Dotty, IG Amira Othman

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak