Artis / Selebriti
” Teringat kat mak ayah dan dalam masa yang sama dia pun seorang ayah yang ada anak istimewa.. ” – Komen Netizen

Video adik beradik KRU menangis ketika menyampaikan lagu Penjunjung Namaku di Konsert GENKRU buat ramai tersentuh. Lagu yang cukup mendalam untuk ibu dan ayah. Sebak tengok Edry menangis sampai macam tu..
Konsert GENKRU mencipta banyak memori untuk semua peminat dan KRU sendiri. Dari perancangan awal cuma 3 hari konsertnya, namun kerana sambutan yang hangat dan permintaan daripada peminat, konsert ditambah menjadi empat hari dan kesemuanya full house.
Banyak lagu yang disampaikan oleh KRU sepanjang konsert mereka itu dan semuanya bergembira menyanyi bersama. Namun ada satu lagu yang membuatkan KRU tidak dapat menahan air mata mereka. KRU menyanyi sambil menangis kerana lirik lagu ini terlalu menusuk ke hati.
Meninjau entry di akaun Tiktok f8buzz dan Afieragoes, telah dikongsikan video yang memaparkan suasana sedih ketika KRU menyampaikan lagu berjudul Penjunjung Namaku. Lagu ini khas untuk ibu dan ayah dan lebih membuatkan KRU sebak kerana ibu mereka turut berada di sana.
Ketika Norman, Yusry dan Edry menangis, penonton juga turut sebak melihat trio adik beradik ini. Edry paling terkesan dengan lagu ini. Memetik komen peminat, Edry orangnya cukup ceria, namun apabila Edry menangis, itu tandanya Edry benar-benar terusik hatinya. Edry juga ayah kepada anak istimewa, pasti rasanya itu lebih mendalam terasa.
Jom tonton video di bawah :
@f8buzz Edry sampai menangis 🥹 Patutlah KRU jarang bawa lagu Penjunjung Namaku secara langsung 😌😭 KRU buat pertama kalinya membawa lagu yang ditujukan khas buat ayah dan ibunya di konsert besar. Ketiga-tiga adik beradik, Norman, Yusry & Edry gagal menahan sebak malah tidak dapat menyanyi dengan sempurna bila menujukan lagu ini buat ibu mereka yang berada di arena. Set ini di bawa khas buat konsert GenKRU hari ketiga semalam sempena Hari Ibu yang berlangsung hari ini. Siapa akan hadir hari keempat? Ada feminin ooo 🥰 #f8buzzhiburan #genkru #kru #norman #yusry #edry #penjunjungnamaku #konsert #konsertgenkru
@afieragoes Weh sedih tengok dorang tiga beradik nangis tadi @KRU Music 😭 Selamat hari ibu semua ❤️#genkru
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Lagu penjunjung namaku serius boleh mengalirkan airmata. Saya nangis sama masa lagu ni. Sedih bila Edry Norman cakap call your mom now. Arwah Mak sy dah tade.. “
” Saya rasa perasaan Edry bercampur baur. Teringat kat mak ayah & dlm ms yg sama dia pun seorang ayah yg ada anak istimewa. Berat perasaan tu.. “
” Jelas di wajah Norman, Yusry dan Edry menahan sebak.. Sy tgk pon sebak.. Lagu yg mmg menikam jiwa.. “
” Can see kejujuran airmata diorg tu. diorg show a good example to org2 luar sana how they can stay united as adik beradik, buat business jujur dan diorg berjaya sampai sekarang atas doa ibubapa.. “
” Adui sebak tengok dorg nyanyi sambil ngis terharu. edry susah nk nangis woi. klu dia nangis mmg betul2 sedih ni.. Edry memang touching, kita tengok pun ikut nangis sama.. “
” Lagu Penjungjung Namaku, pasal Ayah dan Ibu.. sedih tengok dorang nangis nyanyi lagu ni.. meramu ayaq mata.. “
” Mak diorang sakit dahh… mesti diorang sedih.. dah la anak anak baik nii… artis paling bersih bw jasa pd kedua org tua mereka dan peminat.. “
Bak komen warganet, lagu yang menikam jiwa. Walaupun sedang menangis, namun menyanyi tetap diteruskan, itu lah hebatnya KRU. Selamanya KRU unggul dan bertahta di hati peminat. Tahniah KRU kerana berjaya mencipta rekod tersendiri untuk konsert kali ini. Semoga terus success dalam kerjaya masing-masing.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok f8buzz, Tiktok Afieragoes
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral4 days ago
” Sumpah nangis dengar pesanan akhir Nurly untuk Lily. Sahabat dunia akhirat.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Rupanya itu petanda dia dah nak pergi. Dia dah rasa tak sedap tapi tak tahu nak bagitahu macam mana.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Ayat tu dulu buat aku senyum. Hari ini, ayat itulah yang buat aku menangis.. ” – Tunang Nur Ainul Qistina
-
Viral3 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Dariya jangan kantoikan abah, part lap tisu kat mulut si abang tu terus pecah gelak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Anak saya baru saja menghembuskan nafas terakhir.. ” – Rahmad Mega
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya