Artis / Selebriti
” Terhibur dengan video ni. Berapa ramai anak ibu ni, Afwa pening la, haha.. ” – Komen Netizen

Video kemeriahan di Stadium Merdeka ketika anak-anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Aafiyah dan Afwa menjerit memanggil ibu mereka mencuit hati warganet. Wah bukan 2 orang je anak Tokti, ramai betul pakat jerit panggil ibu. Seronok Aafiyah dan Afwa, hehe..
Banyak corat coret yang dapat dituliskan sepanjang berlangsungnya konsert The Journey of Sound Dato’ Seri Siti Nurhaliza And Judika semalam. Selain persembahan nyanyian yang hebat daripada DS Siti dan Judika, kehadiran dua orang cahayamata DS Siti juga menarik perhatian ramai.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era FM dan Tiktok Siti Zoner, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Aafiyah dan Afwa menjerit-jerit memanggil ibu mereka. DS Siti yang berada di pentas pada awalnya tidak menyedari Aafiyah dan Afwa melambai-lambai dari tempat duduk penonton.
Penonton yang berada di sekitar Aafiyah dan Afwa sama-sama berpakat menjerit memanggil ibu beramai-ramai. Seronok Aafiyah dan Afwa dapat merasai suasana sebegini. Aafiyah dan Afwa yang ditemani pengasuh dan bodyguard mereka kelihatan begitu teruja.
Ketika Aafiyah dan Afwa didukung lebih tinggi supaya mereka lebih kelihatan di khalayak ramai, baru lah DS Siti perasan akan anak-anaknya ini. DS Siti pada ketika itu tengah fokus beramah mesra dengan semua peminat-peminat yang hadir. Baru perasan anak-anaknya melambai-lambai apabila ramai yang memanggil ibu.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@sitizoner
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Haha kenapa semua panggil ibu ni.. comel nya Afwa dan Aafiyah support ibu.. semua pun sporting panggil ibu.. “
” Ibu notice lah dia nanti karang dia kata Ibu tak sayang afwa pun haha.. jadi dia dah tahu la ye yang dia anak Siti Nurhaliza.. “
” Terhibur dengan video ni.. Berapa ramai anak ibu ni, Afwa pening la haha.. Dia cm pelik, apahal semua panggil ibu, tu ibu aku kot.. “
” Aafiyah dgn afwa Bru tahu ke ibu dia Siti nurhaliza hehe.. Ingatkan Afwa tak ikut, tiber muncul.. “
” Afwa tu kena angkt tinggi lg.. nanti jd drama ibu tak syg afwa pulak kat situ.. intan payung pun join jerit panggil ibu.. “
” Bangga smpai kluar airmata sya tngok ank² dato ct pnh smangat bg sokongan comel lah beruntung sgt tngok ank dato ct afiyah matang afwa comel sgt.. lurve lah.. “
” Afwa dah jado peminat Siti Zoners hehe.. ibu sayang intan payung Afwa comel jerit ibuuuuu tangan melambai ii gerammmm tengok.. “
” Semua nak jadi anak Tokti.. Semua jerit panggil ibu ibu.. berlumba-lumba eh semua panggil ibu.. sporting lah korang.. “
Sporting sungguh semua berramai-ramai menjerit memanggil ibu. Afwa dan Aafiyah pun seronok apabila semua tolong panggil ibu mereka. Sesekali Aafiyah dan Afwa hadir ke konsert ibu, memang meriah dan dapat merasai betapa sayangnya semua dengan ibu intan payung mereka itu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era, Tiktok Sitizoner
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen