Viral
” Terbaiklah, deep sungguh pantun adik berdua ni.. ” – Netizen

Video Pantun Nasihat Daripada Adik Kumika Dan Kuhana Buat Ramai Terhibur. Part Akhir Tu Comel Sangat !!
Raja Muhammad Mikael atau lebih dikenali dengan nama Kumika Kufaizul merupakan seorang kanak-kanak cilik yang bijak berpantun. Baru berusia 4 tahun, adik Mika sudah pandai berpantun sejak di usia kecil lagi. Malah dia juga tidak kekok apabila diminta berpantun secara spontan.
Mika minat untuk mempelajari pantun selepas menonton video selebriti Abon berpantun. Sejak itu, dia mula belajar pantun melalui bapanya. Mika juga pernah dijemput ke program Borak Kopitiam di TV3 kerana kepetahannya menyampaikan pantun.
Meninjau ke akaun Instagram Mika, banyak video pantun Mika telah dikongsikan. Antara entri terbaru yang begitu menarik perhatian ialah pantun yang disampaikan Mika bersama kakaknya, Hana. Banyak mempunyai makna tersirat tau.
Video yang berdurasi 1 minit itu telah meraih pelbagai komen positif yang memuji adik Mika dan Hana. Menarik sungguh pantun ciptaan adik-beradik ini dan banyak memberi nasihat yang sangat bersesuaian dengan situasi semasa di negara kita.
Jom tonton video di bawah :
Kebanyakan netizen sangat terhibur mendengar pantun daripada dua adik-beradik ini terutamanya di pengakhiran pantun di mana adik Mika menggunakan perkataan ‘ Haa.. Masuk ‘. Antara komen-komen yang diberikan netizen :
” Jap acik masukkkkkkk… Betik papaya pisang banana, Answer to me yes or no… Wahai syg kumika kuhana, ngape muka serius bebenoooooo.. “
” Jalan jalan keluar kota, jangan lupa beli pewarna, jaga jarak n litup muka, bekerjasamalah dengan fr0ntliner.. Orang kl orang sabah, bila lagi rasa nak senang, orang politik jangan berbal4h, kita masih belum menang.. “
” Budak2 pasang lukah, pasang lukah tepi muara, mereka mmg suka berbal4h, pangkat jawtan itulah punca… Ha massuukkk.. Terbaiklah, deep sungguh pantun adik berdua ni.. “
” Ar macokkkkk..banyak kali ulang tengok je gelak .. comey aih both .. Ha… masuk masuk yang politic politic masuk harap sentap…. kumika dah suruh masuk… “
” Mula serius dgr jap lg ada ha.. Masuk… Adehh .. Comel & bijak anak2 ni .. smoga hana n mika bjaya dlm khidupan ddnia dan akhirat.. “
” Terbaik kuhana & kumika .. terbaik adik-adik semua.. terjeb4k juga dengan kak elly mazlein.. haaa, masuk.. “
Sesungguhkan adik Mika mempunyai bakat dan keistimewaannya yang tersendiri. Bukan mudah untuk kanak-kanak seusianya menyampaikan pantun dengan lenggok bahasa yang betul. Semoga bakat adik Mika terus digilap sehingga berjaya ke peringkat lebih jauh.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Kumika Kufaizul
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti8 hours ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra