Artis / Selebriti
” Tengok sambil tak sedar tersengih, hehe.. ” – Datin Shahida
Video Shuib Sepahtu Dan Watie Hanifiah Bermain Games Menguji Keserasian. Alahai Dua-Dua Kelakar Lah, Sweet Pulak Tu. Part Siapa Paling Kuat Marah Tu Lawak, Tinggi Watie Angkat Kasut. Masuk Air Betul Laki Bini Ni, Hehe !!
Beberapa bulan sudah berlalu semenjak Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah bergelar suami isteri. Ramai yang mula menerima Watie dan menyukainya kerana sifat Watie yang penyayang terhadap anak-anak Shuib dan keterbukaan Watie dalam banyak hal.
Meninjau akaun Instagram Watie Hanifiah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Watie dan Shuib bermain satu permainan untuk menguji tahap keserasian mereka. Pasangan ini duduk dengan membelakangkan satu sama lain.
Mereka diberikan satu kasut lelaki dan satu heel perempuan sebagai simbolik untuk jawapan bagi soalan yang ditanyakan. 7 soalan diberikan dan hanya satu yang tidak sama jawapan antara Shuib dan Watie. Ditanyakan siapa yang kelakar, tentu lah Shuib yang paling lucu.

Antara soalan lain adalah yang paling romantis adalah Shuib, si cemburu pula jatuh kepada Watie dan paling suka merajuk juga adalah Watie. Ketika ditanya siapa yang memulai hubungan mereka, Shuib mengakui dia yang memulakannya dengan menghantar DM kepada Watie di Instagram.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Watie ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sehingga kini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tengok sambil tak sedar tersengih hehe.. ” – Datin Shahida
” Minta maaf sis, nampak sifat sama seperti Siti Sarah.. Dah kenapa kita pulak yang tersengih-sengih kenapa.. terjebak tersengih sama.. ”
” Tersengih-sengih saya sambil nonton si shuib dengan watie ni haha.. dua dua kelakar.. Shuib Wati buat viewer tersengeh2 tanpa sengaja.. ”
” Tak sedar aku tengok sambil tersenyum sampai habis video haha. kelakar dua-dua pon.. Ni mmg rancangan sengihhh ke? Sbb kami semua tgk ni sengihhh tak sedar.. ”
” Hahahaha aku tengok aku yang tersengeh-senguh kenapaaa.. sweet benau la eh.. makin berseri watie lepas kahwin.. ”
” Love.. aku tak sedar aku tersengih macam orang g1la tengok Watie dengan Shuib ni.. Sweet korang ni.. ”
” Mantul habis dua-dua sehati sejiwa gitu.. hahah comel weh, aku tersengih-sengih tengok dua ketul ni.. team Watie hehe.. ”
” Aku tersengih-sengih sorang tengok gelagat sepasang merpati ni.. kelakar juga dua-duanya.. sweet la berdua ni.. part angkat kasut terpaling tinggi tuh yg xtahan tuh.. ”
Alahai sweet betul Watie dengan Shuib ini, membuatkan semua yang menonton turut tersengih juga. Bukan main tinggi Watie angkat kasut masa part soalan siapa paling cepat marah, dua-dua jenis masuk air. Semua kebahagiaan Watie dan Shuib ini berkekalan sehingga ke akhir hayat dan dalam rahmat Allah selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti2 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti7 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya

