Artis / Selebriti
” Tengok mata Fattah pandangan ke Amira. Tak boleh lindung dah reaksi dia tu.. ” – Komen Netizen

Video reaksi Fattah Amin ketika Amira Othman menyatakan ciri-ciri lelaki idamannya raih perhatian ramai. Pandangan mata tu macam tak boleh tipu je. Siap buat batuk-batuk lagi, haha..
Meninjau ke akaun Tiktok Rissaskin, perkongsian sebuah video yang memaparkan episod Jom Jalan Rissa Skin bersama Fattah Amin dan Amira Othman telah meraih perhatian ramai. Menerusi video kali ini Amira telah menerima satu soalan yang ramai ingin mengetahuinya.
Amira telah ditanya mengenai ciri-ciri lelaki idaman pilihannya. Soalan tersebut seolah-olah untuk memerangkap Fattah dan Amira, namun mereka tetap berselindung. Tetapi ramai netizen memerhatikan reaksi Fattah ketika Amira menjawab pertanyaan tersebut.
Dapat dilihat lirikan mata dan pandangan Fattah kepada Amira seperti sesuatu sahaja. Apabila Amira menyatakan dia belum bertemu lelaki idamannya, Fattah terus terbatuk-batuk. Malah mereka berdua juga nampak saling back up antara satu sama lain sepanjang perbualan tersebut.
Perkongsian video ini telah menerima lebih dua ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Dapat dilihat kedua-duanya saling malu sambil menutup muka dengan bantal apabila ditanya soalan sedemikian.
Jom tonton video di bawah :
@rissaskin_hq Jom Jalan Rissa Skin x FATTMIRA Episod 6 🫶🏻 Seperti yang di janjikan. Layan dulu episod baru rakan sekerja yang saling mem’back up’. Kalau tak Fattah, Amira yang back up. #rissaskin #jomjalanrissaskinxfattmira #fattahamin #amiraothman #rissaskinxamiraothman #rissaskinxfattahamin #intensivenightcreamrissaskin #bioretinolskinrevivingtreatmentcreamrissaskin #fattmira
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Dah kantoi pun, tak perasan la tu, Amira back up bila Bell kata cari ustaz sbb Fattah tk baca doa makan, laki idaman dia Fattah la tu.. “
” Kite dah standby biskut dengan butter sambil tengok #jjrs , alih² sekeping pun tak habis lagi tapi vtt dah habis.. rindu lah content baru diorang berdua ni.. “
” Dua2 tu peluk bantal sakan ye.. fattah malu teruk sangat bila amira sebut ciri2 suami idaman.. buat batuk.. tgok mata fattah .pndangan ke amira.. “
” Eh eh eh FattMira x alright skrg Ma’am,tngok ke2 mata dia org tu peergh berSubtitle.. sweetnya engkau orang semua .terima kasih maam bagi vitamin.comel semua.. “
” Asal akak focus kt fattah masa part tanya Amira cam ada sesuatu disorokkan ye. Moga Amira cepat sembuh ye..kesian Fattah x focus kerja kang…ytjt.. “
” Tq maam…senyum sensorang sbb faham2 isyarat tangan kalong & jelingan mata balong.. Abglong tak rilek.. tak blh lindung dh reaksi dia tu.. “
” Dua² sorok muka kat bantal. nape tu mem.. ada tak yg fokus kt muka abg long time kak long ckp ciri2 suami idaman ni..”
Video ini telah direkodkan sebelum Amira dimasukkan ke dalam wad akibat keracunan makanan. Sama-sama kita mendoakan agar Amira Othman segera sembuh dan kembali bekerja kerana ramai peminat sudah mula merindui content Amira bersama Fattah.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rissaskin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen