Artis / Selebriti
” Tengok Kak Lina lari dah mengekek ketawa. Iklan paling penat ni Kak Lina, tercungap sama.. ” – Komen Netizen
Video iklan terbaru Jakel lakonan Kak Lina Pom Pom dan Que Haidar buat netizen terhibur. Fuh lain macam content kali ini, yang tengok pun boleh tercungap-cungap. Macam tu je Que kena gula-gula dengan Kak Lina, lawak betul. Panggil Kak Lina makcik lagi, haha..
Team Jakel tahun ini dikuatkan lagi dengan kehadiran Que Haidar sebagai duta. Gandingan Que dan Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom memberikan satu hiburan kepada warganet kerana gelagat mereka yang mencuit hati. Ada sahaja idea menarik yang ditonjolkan oleh pasangan duta ini sebagai bahan pemasaran untuk Jakel.
Menerusi perkongsian terbaru Kak Lina di akaun Tiktok miliknya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat lucu Kak Lina dan Que. Untuk iklan kali ini, Que hadir ke Jakel sebagai pelanggan dan bertanyakan kepada Kak Lina di manakah letaknya kain lace.
Disebabkan Que memanggil Kak Lina dengan panggilan ‘ Acik ‘, terjadi satu kejadian yang menggeletek hati warganet. Kak Lina menjawab soalan Que itu dengan cara yang luar biasa dan belum pernah dilakukan oleh mana-mana promoter Jakel.

Kak Lina berlari sepusingan dengan laju sambil Que mengejarnya dari belakang. Tercungap-cungap juga mereka berdua setelah lokasi kain lace ditemui. Apa yang mencuit hati, kain lace sebenarnya terletak di tempat pertama Que berjumpa Kak Lina. Buat hal sungguh Kak Lina Kepom ini, hehe.
Jom tonton video di bawah :
@kakaklinapompoms Assist customer ❌ Lari dari customer ✅ Jakel Pre-Ramadan Sale start 23 Januari 2026, jangan terlupa pulak! #IngatKainIngatJakel #JakelPreRamadanSale #KakLinaPomPom QueHaidar@JAKEL®️ @Que Haidar #ellymazlein
♬ original sound – Kakak Lina Pom Poms – Kakak Lina Pom Poms
Sehingga kini, perkongsian oleh Kak Lina ini telah pun meraih lebih 19 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Saja eh bawak round, padahal yang dia pegang mula mula tu dah lace dah. dengan kita sekali tercungap ikut kak lina lari haha.. iklan paling penat ni kak lina.. “
” Sebab panggil makcik tu yg di bawanya abg jamil lari satu pusingan.. padahal lace kt situ je haha.. lawak lah kak lina dengan que ni.. mesti penat kan berlari keliling jakel haha.. “
” Haha menjadi la kalau si que dengan kak lina ni.. jamil lupa dh nk brape meter.. sbb dh penat lari bermeter-meter.. “
” Ni klau dorang brlakon sama2 cnfrm aku duduk depan-depan tv nih sesuaii weiii.. Tulah panggil acik lagi tak pasal² kene gula2kan 1 jakel dia bawa cari lace haha.. “
” Haha kelakar giler.. panggil lagi acik kan dah kena lari dalam jakel.. lawak lah depa berdua ni.. yang tengok pun semput sekali berlari.. duta paling lawak.. “
” Aku tengok kak lina lari dah mengekek ketawa.. Lace kak lina bukan race.. Sumpah kelakar. Tapi betul tau. Laju nau staff dia jalan. Kita nya anak melekat kat kaki.. “
” Tula.. panggil lg acik kt jakelina. tak pasai kena tawaf 1 jakel.. Padahal lace depan mata dah.. dengan saya yg tengok pun penat haihh haihhh haihh.. penat.. “
Ramai yang terhibur dan turut rasa ‘penat berlari’ bersama-sama Kak Lina dan Que. Banyak sungguh idea kreatif pasangan duta ini, memang gempak promosi Jakel dengan kehadiran Kak Lina dan Que. Semoga rezeki Kak Lina dan Que melimpah ruah sentiasa dan jualan Jakel akan laku keras.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Kakak Lina Pom Poms
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

