Artis / Selebriti
” Tengok gambar last tu ingatkan Kak Tya sal4h pakai kasut, haha.. ” – Netizen
Gambar Raya Shukri Yahaya Bersama Keluarga Cur1 Perhatian Ramai. Alahai Macam-Macam Ragam. Ada Yang Tidur, Ada Yang Belum Ready, Tapi Gambar Tetap Nampak Cantik !!
Sempena raya Aidilfitri, ramai yang mengambil peluang berkongsi gambar-gambar raya mereka pada tahun ini untuk tatapan ramai. Begitu juga yang dikongsikan oleh pelakon Shukri Yahaya di akaun Instagram miliknya.
Shukri telah berkongsi beberapa gambar bersama isterinya, Tya Adnan dan dua anak mereka, Aaira Ameena serta Maleeq Miqayl. Kelihatan keluarga bahagia ini cantik mengenakan baju sedondon ketika bergambar.
Kalau dilihat dalam gambar, anak kedua pasangan ini sedang nyenyak tidur di atas pangkuan Shukri. Namun, meskipun gambar-gambar tersebut ada yang masih belum bersedia ketika bergambar, gambar raya keluarga Shukri ini tetap nampak cantik.

Perkongsian gambar-gambar raya oleh Shukri telah menarik perhatian warganet. Ada yang menegur yang kasut yang dipakai oleh Tya seolah sebelah lain dan sebelah lagi lain. Tetapi kalau dilihat dengan betul, kasut sebelah kanan itu sebenarnya adalah kasut Ameena.
Ikuti perkongsian gambar-gambar di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Meninjau di ruangan komen pula, rata-ratanya menyukai gambar-gambar raya keluarga Shukri Yahaya. Antara komen-komen warganet adalah :
” Lahhhh tengok gambar last tu ingatkan Kak Tya sal4h pakai kasut, haha. Rupanya kasut Ameena lah.. “
” Comel lah, walaupun masing-masing masih belum ready, hahaha. Amboi si kecik tu nyenyak betul tidur sampai tak sedar.. “
” Selamat Hari Raya Shukri Yahaya & family. Cantik lah warna baju raya ni. Nampak timbul dalam gambar.. “
” Anak tidooooo daaa, hahaha tapi tetap cantik tau. Selamat hari raya Shukri dan Tya sekeluarga, moga raya kali ini sangat bermakna.. “
” Pasangan yang sangat comey, yang satu cantik, satu lgi manis n sweet. Salam aidilfitri Shukri sekeluarga, maaf zahir dan batin.. “
” Comel lah Shukri dan isteri, selamat hari raya korang. Hehehe Tya sal4h pakai kasut ke tu, hehee. Al4mak kasut anak lah.. “
” Lain macam kasut Tya, hahahahaha ke kasut Ameena tu. Tapi kalau tengok sekali pandang macm kasut Tya, dua kali pandang macam kasut Ameena.. “
Alahai memang comel gambar raya keluarga Shukri tahun ni. Maleeq pun walaupun tidur ketika bergambar tetap maintain comel juga. Apa-apa pun, selamat hari raya buat Shukri Yahaya sekeluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shukri Yahaya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantiknya bakal menantu. Macam iras muka Memey.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Moment i knew you were truly love with her was the moment.. ” – Spacedollah

