Artis / Selebriti
” Tenang rasa tengok kak Shiera. Jangan dipandang ser0ng orang dalam industri hiburan.. ” – Netizen
Video Perkongsian Di Instagram Suria FM Memaparkan Sharifah Shahirah Sedang Solat Raih Perhatian Warganet. Oh Macam Tu Rupanya Penyampai Radio Solat, Terbaik Lah Kak Shiera. Solat Walau Di Mana Sahaja Berada !!
Stesen radio Suria FM antara stesen yang menjadi pilihan ramai pendengar masa kini. Dibarisi penyampai-penyampai yang ceria dan pandai menghiburkan pendengar, pelbagai segment dapat didengar bermula seawal 6 pagi sehingga ke malam.
Meninjau akaun Instagram Suria FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Shiera sedang solat ketika berada di konti. Dengan kapsyen tertulis ‘ Salam Maghrib dari Suria ‘ ianya turut diiringi tazkirah pendek sebagai background video.
Ramai sebenarnya pendengar yang tertanya-tanya tentang kaedah solat yang digunakan oleh pada penyampai radio. Iyelah mereka bersiaran secara langsung, kadang kalanya terdetik di hati pendengar apakah penyampai tidak solat.

Video ini menjawab pertanyaan itu dan yang penting, solat itu boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Comel sahaja melihat reaksi wajah Shiera ketika menyedari dirinya dirakam secara diam-diam. Baguslah Shiera ini, dalam mengejar dunia, tanggungjawab sebagai orang Islam tidak dilupakan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telahpun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan :
” Bagusnya kak.. alhamdulillah.. walau di mana kita.. solat tetap solat. moga jadi contoh tauladan kita semua.. “
” Alhamdulilah.. semoga terus istiqamah.. byk tau perubahan dlm radio banding duluuu.. dulu takde azan alhamdulilah dh ada skrg, tazkirah pn dh ada.. syurga utk pemain industri hiburan yg bantu masukkan urusan akhirat dlm celah hiburan.. “
” Sejuk mata tenang rase tgk kak shieraijoy luv u sis. Ma shaa Allah, jaga solat di mana saja berada.. “
” Alhamdulillah.. baik atau sebaliknya kita , solat jgn tinggal.. Love you kak rara.. Tahniah suriamalaysia pilihan radio kami masa ini.. “
” Tq suria share. saya tertnya2 either dj solat ke tak. just curiosity cmna dowg lari g solat masa on air. kak rara answer me with this video.. “
” Jgn dipandang serong org2 di industri hiburan. Cabaran mereka lg hebat drpd org yg kerja di bidang biasa.. “
” Saya suka content begini. Bukan nak menunjuk tapi kita tau macamana DJ menunaikan solat dalam waktu bekerja dan semasa ke udara.. “
” Allahuakhbar… alhamdulillah… semoga semua dj2 suriafm terus sukses dan istiqomah di jalan Allah swt… aamiiin.. “

Islam itu cukup mudah dan tidak membebankan, tahniah kepada Shiera kerana anda memberi inspirasi dan contoh yang baik kepada semua. Semoga Shiera juga sentiasa dalam rahmat Allah dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Suria Malaysia, IG Shiera Ijoy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Laju wey, siap drift lagi tu, hebat .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia lebih Aliff Syukri daripada Aliff Syukri original. Amayan senak ulu hati nak menahan ketawa, haha.. ” – Komen Netizen

