Connect with us

Artis / Selebriti

” Tempoyot ni bikin geram, comel sangat si Ara. Pandai Ara ubah lirik.. ” – Komen Netizen

Video anak kedua Bella Astillah, Ara Adreanna menyanyikan lagu Tinggi Tinggi Gunung Kinabalu raih perhatian ramai. Alahai sweet sungguh part Ara tukar lirik tu. Suara menyanyi pun comel je..

Bagi yang mengikuti perkembangan Bella Astillah, pasti mengetahui bahawa Bella mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna. Setiap kali Bella berkongsi momen bersama anak-anaknya di media sosial, perkongsian tersebut sering mendapat perhatian ramai kerana telatah mereka yang comel dan mencuit hati.

Keakraban Bella bersama kedua-dua anaknya juga sering menjadi tumpuan warganet. Hubungan rapat yang ditonjolkan terlihat kasih sayang seorang ibu dalam membesarkan anak-anak dengan penuh perhatian dan kelembutan, serta turut membuatkan ramai tersentuh.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Primavalet, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan anak kedua Bella, Ara sedang menyanyikan lagu Tinggi Tinggi Gunung Kinabalu. Nyanyian Ara yang bersahaja itu ternyata mencuri perhatian ramai.

Apa yang lebih menghiburkan, Ara dilihat menukar lirik lagu tersebut dengan menyebut, ” Tinggi lagi sayang sama mummy “. Ungkapan spontan itu jelas memperlihatkan rasa kasih dan sayang Ara terhadap ibunya sehingga membuatkan ramai teruja menonton perkongsian video tersebut.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan kepada Ara. Antara komen-komen menarik adalah :

” Pandailah Ara ni, plus sweet pulak tu.. Sebaklah aunty dengar ara nyanyi. Semoga mommy sentiasa sihat kan Ara.. “

” Barakallahu Barik. Semoga dikurniakan yang terbaik didunia dan akhirat, Aamiin Allahumma Aamiin. Anak pintar.. “

”  Lagu Tinggi Tinggi Gunung Kinabalu versi edisi BASS 2026 by Ara.. Annndukkkkk bhaa Ara tempoyot so sweet.. “

” Tomey angat ah budak ni.. Sweet betul dia dengan mummy dia.. Anak yang baik yang selalu mengingati mamanya.. “

” She so cuteeee. Mini Bella betul lah budak Ara ni.. Hehehee geram je tengok gaya dia menyanyi, bijak sangat.. “

” Ala-ala hai geram budak Comel ni. Pandai Ara buat lirik lagu.. Bijak anak kesayangan Papa Saddiq ni. .”

”  Tompoyot ni bikin geram2.. Comel sangatt si Araaaa.. Anduk bah anak pintar Ara sayang sama maminya.. “

Perkongsian video bukan sahaja menerima pelbagai komen positif, malah ada yang meluahkan rasa terharu dan menyifatkan Ara sebagai seorang anak yang sweet serta sangat menyayangi ibunya. Semoga Ara sentiasa sihat dan ceria selalu di samping mummy tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG primavalet

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Mate Fit

Trending

Copyright © Berita Kopak