Artis / Selebriti
” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
Video respon Amira Othman ketika diajukan soalan mengenai khabar angin dirinya sedang berbadan dua raih perhatian ramai. Ini jawapan tuan badan sendiri..
Pasangan Fattah Amin dan Amira Othman sudah beberapa bulan bergelar suami isteri. Ramai yang berharap agar pasangan ini dikurniakan cahaya mata. Soalan kehamilan juga seringkali diajukan oleh warganet kepada Amira. Malah tular satu video Amira sedang photoshoot yang dikatakan kelihatan baby bump.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amira menjawab beberapa soalan daripada pihak wartawan. Amira dan Fattah ditemui ketika acara pertunjukkan fesyen koleksi raya Eid’s Time For Love jenama Amber.
Soalan yang ditanya mengenai benarkah Amira sedang berbadan dua diajukan kepada Amira. Seperti biasa, Amira kekal tenang dan menjawab dengan penuh sopan santun. Tutur kata Amira sangat teratur dan ianya menyenangkan hati warganet yang mendengarnya.

Sekali lagi Amira menegaskan, dia dan Fattah menghargai segala doa daripada peminat yang ingin melihat mereka mempunyai zuriat. Amira berlapang dada dan menerima dengan terbuka pertanyaan sebegini kerana memahami dirinya public figure dan menjadi perhatian ramai.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Tenang je bila dgr Amira bercakap.. sis doakan moga Allah lindungi kalian berdua dan moga kekal berbahagia hingga ke syurga… Aamiin.. “
” Jwpn amira selalu mnyenangkn. tegas dlm mnjawab tp penuh dgn adab tersusun cara berckp .. moga yg baik2 utk amira.. “
” Amira jawab dengan sungguh berhemah.. syabas Amira! Kita doa kan YG baik baik untuk mu insya-allah Amin.. “
” Orang tu baru berapa bulan kahwin, sebuk benor tanya pasal rezeki orang. sabar okey fatmira.. Kalau betul pun biarlah dia sendiri umumkan.semoga kebahagiaan milik korang sampai bila-bila.. “
” Maa Syaa Allah sangat positive Dan dewasa.. sejuk je dengar mira cakap.. fattah pun tgk mira jawab dengan rasa bangga.. Muka fattah ade subtitle hehe.. “
” Budi bahasa yg sangat bagus Amira ni.. tak perlu ditanya tanya lagi soalan ni.. kalau ada nanti, pasti mereka akan umum nanti.. semoga Allah berkati dan dikurniakan zuriat yang soleh solehah.. “
” Sblum ni amira jawab belum.. skrg amira jwab minta ruang privasi.. berilah masa yg betul2 sesuai akan umumkan juga.. alhamdulillah.. “
Jawapan yang terbaik dan menyenangkan hati semua pihak daripada Amira. Tidak perlu lagi diulang soalan yang sama selepas ini, kerana Amira sudah berjanji, sekiranya ada berita baik pasti akan dikongsikan bersama semua. Moga yang terbaik untuk Amira dan Fattah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ayat mama pun padu berapi, mana papa tak sentap. Terus sedar diri, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Jawapan yang bijak. Selera masing-masing kan, jangan judge.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cantiknya, macam Che Puan Khaleeda bakal menantu Abby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku makan, roti tu pammm jatuh.. ” – Syamsul Ghau Ghau
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bertuah korang dik, dapat jumpa Biduanita, siap kena belanja makan.. ” – Komen Netizen

