Connect with us

Artis / Selebriti

” Tapi orang kata, sebenarnya Dato’ kalau puji maknanya Dato’ tipu.. ” – Izara Aishah

Video Dato’ Aliff memuji Izara Aishah cantik ketika live buat ramai terhibur. Part Dato’ Aliff bagi senarai tiga artis Malaysia paling cantik tu win sangat. Last-last Datin Shahida merajuk. Aiyokkk Dato’, hehe..

Meninjau di akaun TikTok kedai_dherbs1, telah dikongsikan satu video yang memaparkan usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri membuat siaran langsung bersama pelakon jelita, Izara Aishah bagi mempromosikan dan menjual beg keluaran terbarunya.

Menerusi siaran langsung itu, Izara secara berseloroh berkata bahawa jika Dato’ Aliff memuji seseorang itu cantik, pujian tersebut tidak benar dan ianya bermaksud individu itu sebenarnya tidak cantik. Kenyataan spontan Izara itu membuatkan Dato’ Aliff berdekah ketawa sebelum menafikan kata-kata tersebut dengan nada bersahaja.

Bukan itu sahaja, Dato’ Aliff turut berkongsi pendapatnya dengan menyenaraikan tiga artis wanita Malaysia yang disifatkannya memiliki rupa paras cantik iaitu Fasha Sandha, Izara Aishah dan Erra Fazira. Dalam masa yang sama, Dato’ Aliff turut memuji Erra masih kelihatan seperti dalam usia 30-an meskipun usia sebenarnya adalah 50-an.

Paling mencuit hati, ketika Dato’ Aliff memuji Izara, Datin Shahida tiba-tiba muncul dan memberikan reaksi cemburu apabila mendengar pujian tersebut. Telatah spontan Datin Shahida bersama Dato’ Aliff dan Izara jelas menceriakan suasana live itu sekali gus mengundang tawa warganet yang menontonnya.

Tonton video di bawah ini :

@kedai_dherbs1

Betul ke mcm tu dato puji org tu dato tipu 🤣🤣🤣 #dherbsterlajaklaris #dherbs #fyp #artis #artismalaysia

♬ original sound – Shop Dherbs Terlajak Laris🥭 – Shop Dherbs Terlajak Laris🥭

Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan pelbagai kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Betul.. Sebab datin dh pernh cerita dh, hahahahaa.. Tapi memang cantik lah Izara, Fasha n Erra, betul lah apa yang Dato’ cakap tu.. “

” Dah lama tak dgr izara gelak. Weiyh dia gelak cracked weiyh dr dulu. Hahahahahhaha, memang kelakar lah live semalam.. “

” Smlm masuk live AS n Izara, best la kelakar tgk gelagat AS, Izara n Madnor.. Meriah sangat-sangat.. Congrats Dato’ semalam dapat capai 1 juta.. “

” Setuju Dato.. Memang 3 orang ni cantik sangat. Erra tu betul awet muda, tak nampak pun macam umur 51 tahun dah.. “

” Kelakar datuk ye tiga2 cantik datin pun cantik, hahaha.. Dato’ lupa lah tu nak sebuat nama Datin ,ahahaha.. “

” Izara ni memang kelakar weh, seronok tengok Dato’ menyakat dia.. Berdekah Izara kalau ketawa tu, hahaha tak ada nya nk cover2.. “

” Merajuk la datin kang.. Kalau dato’ tgk datin senyap je tu.. Faham2 lah yer, hahahaa habis lah malam ni, tidur luar lah Dato.. “

Apa-apa pun, gelagat bersahaja ketiga-tiga mereka ini bukan sahaja berjaya menarik perhatian ramai, malah menjadikan siaran langsung tersebut lebih meriah dan menghiburkan. Tidak hairanlah perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet yang terhibur dengan keletah mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok kedai_dherbs1

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak