Viral
” Tapi apabila mereka keluarkan, saya sudah menangis.. ” – Penggali Kubur Zara

Video penggali kubur berkongsi cerita sewaktu jasad arwah Zara Qairina dikeluarkan dari liang lahad buat ramai sebak. Sampai menangis penggali kubur ini pada ketika itu..
Meninjau ke akaun Tiktok Iamaremalina, video temubual bersama seorang penggali kubur yang juga merangkap pemandu van jenazah arwah Zara Qairina berkongsi cerita tentang keadaan jenazah Zara selepas digali semula semalam.
Menurutnya, ia merupakan satu kesan yang cukup mendalam sepanjang melakukan kerja ini kerana menyaksikan sesuatu yang jarang berlaku di mana jasad Zara Qairina masih utuh walaupun sudah lama dikebumikan iaitu selama lebih 3 minggu.
Sebelum menggali semula, dia sudah diingatkan tentang keadaan jasad yang pastinya sudah membusuk dan berbau. Namun sebaik tanah kubur dibuka dan papan diangkat, tiada sebarang bau busuk dan keadaan jasad arwah dilihat masih terpelihara, seolah-olah baru sahaja dikebumikan.
Kain kafan yang membalut tubuhnya juga tidak rosak dan ia menimbulkan rasa sebak sehingga mengalir air mata. kejadian seperti ini dianggap sebagai tanda kebaikan dan kemuliaan seseorang ketika hayatnya dan mungkin menjadi sebab Allah memelihara jasadnya.
Jom tonton video di bawah :
@areamalina Dari awal jenazah arwah zara dikeluarkan dr liang kita dengar pasal betapa ALLAH menjaga jenazah arwah zara, ALHAMDULLILAH yang ini dengar sendiri dari pemandu van jenazah arwah zara.ini baru satu keajaiban yang ALLAH tunjuk, Yang saya mahu share disini betapa ALLAH menjaga arwah zara dan dengan kuasa ALLAH jugaklah segala persoalan kita semua akan terjawab nanti Semoga kita semua mati dalam keadaan yang ALLAH reda…. Alhamdullilah post-mortem dan perjalanan pulang arwah zara ke sepitang serta pengebumian semula arwah semalam berjalan lancar. Perjuangan menuntut keadilan buat arwah zara kita akan teruskan. #justiceforzara #fyp #foryou #foryoupage #areamiphone #2025
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Best ye …aku nak jadi baik…mesti berubah jd lebih baik.. bergembiralah ibu arwah zara kerana Allah menjaga anak mu.. “
” cikgu2 ustaz2 ustazah di sekolah ko tengok la jasad Zara yg dizalimi.. tidak kah ko rasa bersalah.. jika tahu kisah.. tapi mereka diamkan.. “
” Wahai bidadari syurga Zara Qairina urusan kamu didunia telah selesai nak..kami telah hantar kamu pulang tapi perjuangan kami masih panjang.. “
” Bagusnya malaysia menjaga jenazah arwah tidak ad satu pn gmbar jenazah arwah yg tersebar. Klau dekat konoha confirm dh tersebar gmbarnya sana sini.. “
” Jgn kata 3 minggu, kalau 2-3hari dok dlm kubur pn perut dh meletup busuk muka hitam smua lembik dh… tp anak syurga ni lebih 20 hari masih utuh … KEBESARAN ALLAH SWT , AHLI SYURGA INI.. “
” Reaksi org2 yg di kubur pn takde yg tutup hidung brmaksud jenazahnya tidak berbau & dakwaan jenazah masih utuh tu saya yakin benar.. tiada yg mustahil bila Allah berkehendak.. “
” Sblm proses kluarkan jenazah dr liang lahad naluri sy berkata jasad arwah masih sempurna Alhamdulillah..arwah bdk baik ahli syurga Allah pelihara.. “
Kisah ini bukan sahaja menjadi peringatan kepada masyarakat tentang hakikat kematian, malah menjadi penguat semangat untuk terus melakukan kebaikan semasa hidup. Bagi mereka yang pernah mengenali Zara Qairina, penemuan jasadnya yang masih utuh menjadi bukti bahawa amalan baik tidak akan sia-sia, malah akan sentiasa dikenang walaupun jasad sudah bersemadi di bumi.
Silakan SHARE..
Sumber : TT Iamaremalina
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral5 days ago
” Saya berjaya menghubungi, berbual dan whatsapp dengan tuan punya komen tu.. ” – Mona Din
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tone suara Abbas sama dengan Bilal. Slang cakap English pun lebih kurang, best dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Betul ke ibu cakap Nyamma tak pandai dan tak comel ? Mohon confirmation untuk isu ni.. ” – Komen Netizen
-
Viral9 hours ago
” Kenapa bedah siasat tak dilaksanakan sebelum dikebumikan kali pertama ? ” – KJ
-
Viral1 day ago
” Inilah kata-kata pertama ibu Zara sewaktu melihat wajah anak solehah ini dikeluarkan dari liang lahad. Allahu Akbar.. ” – Marhamah Rosli
-
Viral2 days ago
” Mak, kan ada dua orang yang nda (tidak) puas hati dengan Ara ni. Yang namanya Kak C tu.. ” – Zara Qairina
-
Artis / Selebriti3 days ago
” ‘Saya macam haiwan, hidu hidu pergi ke saluran bau’. Berdekah aku Amayan oii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Rumah macam dalam video omputih. Shantikkk sangat ni.. ” – Komen Netizen