Artis / Selebriti
” Talita teruja tengok adik dia yang gebu tu. Sweet sangat kakak sayang adik.. ” – Komen Netizen
Video Raja Ilya tersentuh melihat anak sulungnya, Talita Love mencium adiknya, Royal Abraham berkali-kali. Alahai sayang betul Talita pada baby Royal. Geram sangat tengok adiknya tu putih gebu agaknya, hehe..
Beberapa hari yang lalu, pelakon Raja Ilya ada berkongsikan berita gembira telah selamat melahirkan anak keduanya secara pembedahan. Bayi lelaki seberat 4.7 kg itu diberikan nama sebagai Royal Abraham dan Raja Ilya turut mewujudkan satu akaun media sosial untuk anak keduanya itu.
Meninjau entry Raja Ilya di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anak sulungnya, Talita Love ketika bersama Royal. Talita yang sejak dari mula Raja Ilya hamil sememangnya excited untuk berjumpa dengan adiknya itu kelihatan sangat teruja melihat adik sendiri.
Manakan tidak, tubuh Royal sangat bambam dan kata warganet, Royal seakan bayi sudah berusia 3 bulan walhal baru beberapa hari usianya. Menerusi video ini, Talita kelihatan mengucup berkali-kali pipi Royal dan tersenyum gembira setiap kali dapat mengucup adiknya.

Moment itu membuatkan hati Raja Ilya tersentuh. Ibu mana yang tidak cair melihat telatah si sulung yang pandai menunjukkan rasa kasihnya terhadap adik. Talita baru berusia 2 tahun tetapi kelakuannya seperti kakak-kakak yang sudah besar. Warganet juga tumpang gembira melihat Talita dan Royal.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Untung la.. wlupun baru lahir dah kejap badan dia mcm dah brapa bulan.. semoga bby membesar dengan sihat.. “
” MayaAllah Tabarokallah…. lahir² je dh besar mcm 6 bulan dah age nya… semangat btul baby royal.. “
” Alhamdullillah semangat betul awk syg.. semoga awk membesar dgn baik ye syg… nnt dah besar boleh main dgn kakak talita ye.. “
” Alolo comelnya.. pandai si kakak sayang adik.. Baby Royal copy Talita.. Semoga baby n mommy sentiasa sihat selalu. Aameen.. “
” Alorhhhhhh comel nya kakak talita nihh.. Sayang sangat adik tu ye.. Besnya talita kakak2 sangat very protective kat adik nya. smg berkasih sayang selalu ya.. “
” Sayang dia dengan adik dia tuh, comel sangat.. Saya sampai pusing fone kamera nak tengok baby gebu ni taw.. “
” Talita teruja tengok adik dia yang gebu gebas tu.. sweet sangat kakak sayang adik.. adik lak kus semangat, geram betul. Bulat pipi dengan badan sama je.. “
Talita seorang yang berjiwa penyayang, tentu Talita akan menjadi pelindung terbaik untuk adik Royal. Dua anugerah terbaik kurniaan Allah buat Raja Ilya dan suami. Semoga Talita dan Royal menjadi anak yang soleh dan solehah serta membanggakan kedua ibu bapa mereka apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Raja Ilya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ini jujur yer, bukan untuk.. ” – Aliff Aziz

