Artis / Selebriti
” Tak tahu kenapa, kami rasa nak nangis tengok hampa ambil award.. ” – Komen Netizen
Muatnaik Video Menerima Anugerah Ibu Ikon 2024/2025, Perkongsian Rita Rudaini Buat Warganet Tersentuh. Rita Sememangnya Layak Untuk Dapat Anugerah Ini. Alahai Sebak Lah Pulak Tengok !!
Rita Rudaini tidak hanya dikenali sebagai pelakon tetapi juga terkenal di kalangan warganet sebagai seorang ibu tunggal yang kuat dan hebat. Rita sering menggelarkan dia lah ibu dan dia juga lah bapa kepada kedua-dua orang anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Bagi yang mengikuti Rita, pastinya mengetahui perngorbanan dan perjalanan hidup Rita untuk membesarkan anak-anaknya sendirian tanpa seorang lelaki bernama suami. Namun anak-anak Rita semakin hari semakin menunjukkan kejayaan yang membanggakan Rita sebagai seorang ibu.
Meninjau perkongsian terbaru Rita di Instagramnya, telah dikongsikan moment indah dan bersejarah untuk Rita apabila Rita diumumkan sebagai penerima Anugerah Ibu Ikon 2024/2025. Ini adalah bersempena Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2024/2025.

Kejayaan Rita ini akan memberi lebih banyak inspirasi kepada ibu tunggal lain bahawa tidak ada apa yang mustahil walaupun sendirian dalam membesarkan anak. Tambah Rita lagi, semua wanita kuat dan kita adalah ikon. Warganet turut tumpang gembira melihat penghargaan untuk Rita ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Rita ini telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” You deserve it mama. I know you are strong women and be youself no matter what people said. proud of u and love you, babe.. “
” Tahniah hangpa, u deserved it.. Yeayyy Allhamdulillah akak allways proud of you kami.. yang berjiwa kental.. “
” Tak tahu kenapa, kami rasa nak nangis tengok hampa ambil award. proud of u rita. Semoga Allah gantikan pengorbanan & kesabaran rita dengan syurga tertinggi.. “
” Alhamdullillah selayaknya rita menerima anugerah Ibu Ikon 2024/2025.. Tahniah Sis & Airits ada momdad yg hebat.. Terus menyinar ARTIS Ikon Kami.. “
” Okay ini baru betul diangkat sbg IBU IKON.. tgk la apa yg dia buat utk anak2 dia sehingga berjaya..mmg selayaknya dapat.. tahniah kak ritrud727 proud of u.. “
” Tahniah sis ritrud727 kerna ikon idola mommy yg kuat utk besarkan ank2, tanpa daddy anak2 sis boleh jadi insan yg hebat.. “
” Selayaknya, tahniah Rita Rudaini.. terbaik, mantap. Inspirasi wanita.. wanita hebat, ibu yang hebat, semoga Allah sentiasa permudahkan urusan-urusan mu.. “
Gelaran yang tidak boleh disangkal lagi untuk segala pengorbanan yang telah Rita lakukan untuk anak-anak. Semoga Rayyan dan Qaqa akan selalu menghargai ibu mereka ini dan menjadi anak yang soleh. Tahniah Rita daripada kami di Berita Kopak dan semoga Rita selalu dalam rahmat Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rita Rudaini, IG Majalah Nona
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen


