Connect with us

Artis / Selebriti

” Tak sangka isteri saya suprise kan saya, terkejut dapat hadiah.. ” – Dato’ Aliff Syukri

Video Dato’ Aliff Syukri Terima Kejutan Hadiah Sebuah Kereta Mewah Sempena Ulangtahun Perkahwinan Daripada Isterinya, Datin Shahida. Wah Bukan Biasa-Biasa Hadiah Dato’ Aliff, Bertuahnya Dato’ Aliff Dapat Hadiah Idaman !!

Menerusi akaun Instagram usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri telah memuatnaik sebuah video yang memaparkan isterinya, Datin Shahida memberikan hadiah sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 17 telah meraih perhatian ramai orang.

Datin Shahida telah menghadiahkan sebuah kereta Ferrari berwarna merah kepada suaminya. Dato’ Aliff tidak menyangka yang isterinya akan menghadiahkan sebuah kereta yang sememang menjadi idamannya. Namun memikirkan komitmen yang tinggi, Dato’ Aliff hanya menyimpan sahaja hasrat tersebut.

Dato’ Aliff memanjat rasa syukur dan berterima kasih kepada isterinya kerana hadiah yang cukup bermakna buatnya. Kereta tersebut dibawa dalam sebuah lori bercermin dan dihiasi seperti sebuah hadiah. Anak-anak Dato’ juga turut teruja.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Selepas kereta tersebut dikeluarkan dari lori, Dato’ Aliff dan isteri menaiki kereta tersebut dan meronda di kawasan sekitarnya.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :

” Dato’ siang MLM buat live..datin hargai kje Dato untuk cari rezeki .. alhamdulillah dpt kereta dari isteri tercinta..semoga Dato dimurahkan rezeki.. “

” Selamat ulang penkawinan semoga bahagia hingga ke syurga bersama keluarga Aamiin .. Patut pun dato dpt hadiah kereta mewah dr datin.. Dato terlalu rajin, kuat kerja dan baik dgn semua org.. “

” Tengok Orang dah kaya jutawan nak beli kete mampu milik pun berkira2 mengenai ekonomi xstabil. Nie org2 yg kebanyakkan selera melebihu poket pastu mule le bising iri Bila org lain dpt bantuan itu ini.. “

” Happy anniversary u olls.. semoga bercinta hingga ke syurga aminnnn.. MasyaAllah alhamdulillaaaah sakinnah mawaddah warohmah n bahagia serta sukses dunia akhirat ! Aamiin YRA.. “

” Alhamdulillah m rezeki tak pernah salah alamat.. Tahun ni genaplah 23tahun sy menjadi follower dato. Sempena ulang tahun follower dato yg setia ni, myvi pn jadi lah dato. Terima kasih.. “

” MasyaAllah… tabarakllah. Semoga bahagia dato & datin sekeluarga till jannah. Contoh yang baik… suami isteri setia membina rumahtangga. Tak payah sibuk lara dengan skandal2 walau kaya berharta. Tahniah.. “

” Tak pe support peniaga melayu muslim…. pendapatan die ke zakat… rezeki die kaya di dunia… mana yg x dpt merasa…byk kn amal ibadah…kat sna lebih dr ferrari bole naik.. “

Wah bertuah sungguh Dato’ kerana mendapat hadiah yang cukup istimewa. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 17 tahun buat Dato’ Aliff dan Datin Shahida. Semoga jodoh berkekalan sehingga akhir hayat. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aliff Syukri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT