Artis / Selebriti
” Tak pernah Tokti nak tulis sedih-sedih macam ni, sebak pula baca.. ” – Komen Netizen

Muatnaik Video Hadir Ke Majlis Persandingan Puteri Sultan Pahang, Luahan Dato’ Seri Siti Nurhaliza Mengenai Anak-Anaknya Buat Ramai Tersentuh. Jarang-Jarang Tokti Nak Kongsi Sedih-Sedih Macam Ni !!
Meninjau di akaun TikTok milik sitizoner telah dikongsikan video yang memaparkan penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Khalid turut hadir ke istiadat persandingan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar semalam.
Menerusi video tersebut, kelihatan DS Siti dan Datuk K sedang terleka melihat istiadat persandingan pasangan diraja. Dalam masa sama, DS Siti meluahkan rasa dengan menulis mengatakan agar dia dan suami dapat diberikan kesempatan suatu hari nanti untuk melihat kedua-dua anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa berkahwin.
Pada akhir penulisan DS Siti, turut mendoakan agar Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa akan bertemu dengan jodoh yang baik. Perkongsian video ini telah mengundang sebak para peminat DS Siti. Ada yang mengatakan tidak pernah melihat DS Siti meluahkan rasa seperti itu.
Bukan itu sahaja, ramai meluahkan rasa sebak masing-masing di ruangan komen. Untuk pengetahuan, kehadiran DS Siti ke istiadat persandingan diraja bukan sekadar sebagai tetamu, tetapi DS Siti juga mempersembahkan beberapa lagu seperti Dengarkanlah (nyanyian asal Dimansyah Laitupa) dan Bukan Cinta Biasa.
Tonton video di bawah ini :
@sitizoner
@sitizoner
@sitizoner
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan warganet dan mereka juga mendoakan kesejahteraan DS Siti dan Datuk Khalid. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Jarang-jarang Tokti nak tulis sedih-sedih macam ni, sebak pula baca.. Semoga Tokti dgn Dato K dipanjangkan umur dan sihat selalu syg Tokti.. “
” Masa tgok status ni dkt ig tokti, serius sebak weh. Sedihnya. InsyaAllah semoga pnjng umur keduanya dapat lihat anak2 bertemu jodoh dgn orng baik2.. “
” Ada interview tu Dato K ckp dia nk ada ank ngn Ct supaya masa siti tua ada peneman sbb DatoK tau dia dah brumur n tak tau tak smpat tak nk tgk ank dewasa nnti.. “
” Sedih, sebak.. Ingt lg kata2 tok k tentang umur dia . Ya Allah kurniakan umur mereka berpanjangan, dpt melihat anak anak mereka berjaya dunia dan akhirat Aamiinn Ya Mujib.. “
” Mereka sudah meningkat umur. Sedih bila tengok. Siti mewarnai industri dari kita kecik sampai la besar. Bagaimanalah Siti kalau tiada nanti, sedihnya ya Allah. Panjangkanlah usia mereka.. “
” Tengok nie tadi. Tetiba rasa sedih, dengan lagu pun main peranan betul.. Begitu lah hasrat seorang ibu untuk anak2nya. Semoga dipanjang usia kedua-duanya. Amin.. “
” InsyaAllah Datuk K sihat2.. Nikkmati je hidup.. Selagi ada kita anak2 gembirakan dengan amal iman dah ilmu jg adab.. “
” Sebak. kami sebaya, umur anak kami pun lebih kurang sebab nasib kami lebih kurang sama. Lambat dpt anak. Bila tgk anak org kawin, begini lah kami suami isteri selalu pikir.. “
Ibu mana yang tidak mahu melihat hari bahagia anak sendiri. Begitu juga lah naluri yang dirasai oleh DS Siti kerana dia juga seorang ibu. Apa-apa pun semoga, semoga DS Siti dan suami terus diberikan kesihatan yang baik serta hidup bahagia bersama anak-anak mereka.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok sitizoner
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Nanti jadi macam kulit Appa ‘black color’.. ” – Nik You Rina
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Eeee sebab tu takut tengok, akan ternangis bha.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Yang last tu betul-betul tak sangka lah apa yang Rina cakap. Omma pula terkejut, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Comel nama baby Ain. Simple tak ada berbelit-belit lidah nak sebut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Budak tak pandai menipu tau. Abang Long jangan cakap kebetulan pulak ekk. Neyyy, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago
” Straight to the point, takde nak berkias panjang-panjang. Terang, jelas dan nyata terus Dato’ bagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Orang belakang tu jantung tercabut sesaat. Muka dah cuak takut ibu terlepas cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mata dengan muncung tu tak boleh cover ek, kantoi terus. Ibu comel sangat.. ” – Komen Netizen