Artis / Selebriti
” Tak perlu nak sambut besar-besar, itu lah orang kata bahagia cara kita.. ” – Komen Netizen

Video anak-anak membuat surprise sempena birthday Dato’ Fizz Fairuz raih perhatian ramai. Alahai comelnya anak-anak datang bawa kek dan kerumun Dato’ Fizz, untung ada anak perempuan ramai..
Keluarga Dato’ Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia seringkali mencuri perhatian ramai. Pasangan ini sangat melengkapi antara satu sama lain. Dato’ Fizz suka membuat lawak, manakala Datin Almy pula seorang yang mudah terhibur menjadikan suasana selalu ceria dengan gelak ketawanya.
Pasangan ini dikurniakan dengan 5 orang cahayamata dan semuanya perempuan. Ianya satu rezeki untuk Dato’ Fizz dan Datin Almy dan mereka menerima dengan senang hati. Kelima-lima anak perempuan pasangan ini comel belaka dan sangat manja dengan papa mereka ini.
Meninjau entry di akaun Tiktok Almy.nadia, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan anak-anak Dato’ Fizz membuat surprise sempena ulangtahun kelahirannya. Dato’ Fizz yang sedang beristirehat di sofa tersenyum melihat anak-anak membawa kek dan menyanyikan lagu happy birthday.
Tidak perlu sambutan besar-besaran, cukup di rumah bersama isteri dan anak-anak, ianya sudah cukup sempurna untuk Dato’ Fizz. Warganet juga tumpang gembira melihat gelagat anak-anak menyantuni papa mereka itu. Papa kesayangan semua anak-anak, semua pun girlfriend papa.
Jom tonton video di bawah :
@shuibdiy8dc 🤍🤍🤍 #fizzfairuz #almynadia #almynadiafizzfairuz #datofizzfairuz #foryoupage #fyp #artismalaysia #fypシ゚viral #viralvideo
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Semoga menjadi keluarga sakinah mawaddah warohmah fizz fairuz dan almy nadia.. happy birthday Dato’ semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki aminn.. “
” Selamat hari jadi ffzz semuga siht pnjg kn umur murah rzki selalu semuga bahagia smpai ke jannah aamin. anak-anak yang soleh comel-comel.. “
” Happy birthday datuk semoga di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan sihat selalu bersama orang-orang tersayang.. “
” Happy birthday..moga panjang umur dgn segala kebaikan n murhkan rezeki dgn segala keberkatan.. aamiin.. “
” Suka tengok anak-anak dato’ fizz ni.. tak perlu nk sambut besar2.. itu lah org kata bahagia cara kita… bahagia bersama org2 tercinta. lagi bererti. semoga panjang umur dato.. “
” Betul sangat-sangat definisi tu same situation anak saya 4 orang girl.. Alhamdulillah dikurniakan ramai anak perempuan, meriah.. “
” Alhamdulillah happy tengok keluarga Dato.. ayah yang penyayang.. aku pulak yang tersengih seorang diri tengok family dato’ ni.. Selamat hari lahir tok fizz.. “
Alhamdulillah Dato’ Fizz ada anak-anak perempuan yang selalu menghargainya sebagai seorang ayah dan sangat menyayangi Dato’ Fizz. Cinta pertama anak-anak yang akan selamanya menjadi yang pertama. Semoga keluarga bahagia ini sentiasa dalam rahmat Allah dan gembira selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Almy.nadia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Senyum je Mama tengok YB Saddiq panggil Bella ‘Sayang’. Lembut je YB panggil Bella tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen