Artis / Selebriti
” Tak payah sibuk-sibuk tanya siapa tunang Fattah.. ” – Erma Fatima
Video pengakuan berani Erma Fatima mengenai hubungannya dengan Fattah Amin buat ramai yang terhibur. Part Erma panggil Fattah ‘sayang’ tu lawak, gelak Fattah dibuatnya, haha..
Khabar angin mengatakan pelakon, Fattah Amin dan penyanyi, Amira Othman sudah bertunang telah tular beberapa hari lalu di media sosial. Namun begitu, kedua-dua mereka menafikan bahawa tiada sebarang majlis pertunangan diadakan dan mereka tidak pun bertunang.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik meloditv3, telah dikongsikan video yang memaparkan penerbit, Erma Fatima membuat pengakuan mengenai hubungannya dengan Fattah. Kata Erma kepada wartawan, meminta agar tidak perlu sibuk untuk mengetahui siapa sebenarnya tunang Fattah.
Seloroh Erma, tunang Fattah sebenarnya adalah dirinya dan minta wartawan menguar-uarkan pengakuannya itu kepada umum. Selain itu, Fattah sempat berkata, dengan pengakuan Erma itu, pihak wartawan tidak akan bertanya lagi mengenai hal tersebut kepada dirinya.

Perkongsian video ini juga telah mengundang tawa warganet yang terhibur mendengar pengakuan daripada Erma. Selain itu, warganet turut menyakat Erma dengan mahu memberitahu kepada ibu Erma iaitu Mak Semah mengenai pengakuan berani Erma ini.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Adduhh.. Lawak.. Kelakar dgr Erma Fatima gelak.. Aku ni punya tggu igtkan betul2 dia nk bagitahu.. Tengok2 dia yang mengaku, haha.. “
” Ermaaa..Balik kang nak kena sesahhh dgn Mak Semah nii… Pandai2 jerr..Ulang banyak kali dah ni, memang lawak betul lah.. “
” Hahahha amboi siap panggil sayang lagi.. Belum sampai depan pintu rumah, mak semah dah tunggu ngan kayu beluti.. Hah jaga2 ye.. “
” Kak Erma, mak semah is watching u, jaga2 u balik jap ag mak semah tgh tggu u tu kak Erma.. Dia yang mengaku, dia yang nk muntah.. “
” Dia punya plot twist ni memang jauh dari luar kotak, hahahaha.. Fattah pun ketawa dengar Erma panggil sayang, hahaha.. “
” Rosyam Nor punya pukulan, hahaha.. Saya setujuu kalau ni lah pilihan Fattah haha… Moga berkekalan hingga ke Jannah.. “
” Makcik Semah oh Makcik Semah.. Dengar apa yg anakmu ckp ni.. Abisla Erma nnt kne ganyang gn Makcik Semah, hahaha.. “
Amboi Erma, berani sungguh buat pengakuan macam ini, siap panggil Fattah dengan panggilan ‘sayang’ lagi. Apa-apa pun, ianya hanyalah sekadar gurauan Erma kepada wartawan dan Fattah sahaja. Kita doakan yang baik-baik buat Fattah, semoga Fattah bertemu dengan jodoh yang baik-baik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG meloditv3, Tiktok meloditv3
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti4 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kelakar betul lah Mr E, tak kering gusi dibuatnya. Mr E ni unpredictable tapi fun.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku tak boleh la tengok baby ni. Lebih 10 kali aku ulang tetap berdekah ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Makin power suara Hadie, nyanyi live sedap sangat. Makin yakin atas stage.. ” – Komen Netizen

