Artis / Selebriti
” Tak payah la korang suruh dia cakap bahasa Melayu. Lain bunyinya nanti.. ” – Datin Shahida
Video anak Datin Shahida, Qadejah memenuhi permintaan warganet untuk bercakap dalam bahasa Melayu buat ramai terhibur. Comel betul perkataan yang Qadejah cakap tu. Betul lah kata Datin Shahida, lain macam betul bunyi bahasa Melayu Qadejah ni, hehe..
Bagi yang mengikuti perkembangan keluarga Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida Dherbs, pastinya mengetahui yang anak perempuan mereka, Qadejah El Zahra atau mesra dengan sapaan Cess adalah seorang disleksia. Ketika kecil Cess lambat membaca, suka memakai kasut terbalik dan paling lambat bercakap.
Cess sejak kecil lebih mudah dan fasih bercakap dalam bahasa Inggeris. Oleh kerana itu, setiap kali Cess membantu Dato’ Aliff dan Datin Shahida untuk mempromosikan resort atau produk mereka, Cess akan bercakap dalam bahasa Inggeris dan ini menimbulkan sedikit ketidakpuasan hati segelintir warganet.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Shahida Dherbs, telah dikongsikan satu video Cess cuba menerangkan mengenai penginapan di Sugeh Resort dalam bahasa Melayu. Tidak mengecewakan dan Cess mencuba sehabis baiknya untuk memenuhi permintaan tersebut.

Kedengaran beberapa kesalahan tatabahasa Cess dan ia menghiburkan semua yang menonton video ini. Kata Datin Shahida, janganlah disuruh Cess bercakap dalam bahasa Melayu kerana bunyinya akan berbeza dengan orang yang fasih berbahasa Melayu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Biar la dia nak ckp mcmana ponggggg. Asalkan dia comfortable. Kalau kita ckp omputeh sekali pon, it will not make us less malaysian la. Good job kakak.. My boys were like u when they were ur age. Agak pelat. Tp once they are in uni and start working, they improved tremendously. Melayu ni mmg takkan hilang didounia.. “
” Cess cakap bahasa pun tetap laju kan cess.. macam bullet train tau… but aunty suka sgt dengar.. good try cess.. “
” Bagus jugak Ches ckp bahasa ibunda sesekali, sbb ada penggunaan ayat yg salah. Sekurang2 nya blh di baiki.. “
” Cess masa kecik tak sama dgn adik perempuannya sekarang ni, cess dulu berbeza dari sekarang, alhamdulillah cess dapat bercakap dgn baik dan teratur.. “
” Saya membanyak bangga dengan Cess hehe.. Bahasa apa pun boleh. Best je tengok video-video cess semua.. “
” Alahai cutenya dengar Cess cakap Melayu. Membanyak , mensuruh .. cakap pelan2 cess laju benar sampai berbelit lidah, haha.. “
” Alahaiii lawakk laa ces. Udara Malaysia, sungai Malaysia aduh cess. Sokayyy speaking jerr kalau itu y buat u rasa selesa.. “
” Comel biar la cess nak cakap bahasa ape pon… janji dia tak lupa asal usul.. Cakap english jerlah cess. I pun dengar sambil tutup mata sambil tersengih hehe.. “
Percubaan yang baik daripada Cess untuk memenuhi permintaan warganet. Walaupun banyak tatabahasa yang masih salah tetapi keyakinan Cess bercakap itu wajah dipuji. Perlahan-lahan Cess akan fasih dan tatabahasanya juga akan betul. Teruskan usaha Cess.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ini jujur yer, bukan untuk.. ” – Aliff Aziz

