Artis / Selebriti
” Tak payah Astro mute, Ropie dah mute sendiri. Censored secara manual ya, lawak Ropie, haha.. ” – Komen Netizen
Video Ropie menyanyikan menyanyi lagu Selamat Pengantin Baru di Sepahtu Reunion Live 2025 buat warganet terhibur. Kelakar sungguh Ropie cuba menyanyi tak ikut versi dalam JKKK. Terkerut-kerut muka member tahan mulut takut tersasul, haha..
Sepahtu Reunion Live 2025 kini kembali menghiburkan semua peminat rancangan ini. Untuk 9 minggu ini, Sepahtu Reunion berkampung di dewan bankuet UPM dan hanya pada awal bulan 11 kembali ke Shah alam. Seperti selalu, siri ini mendapat sambutan yang hangat daripada orang ramai.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Budak Terengganu dan Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan part ketika Ropie menyanyikan lagu trademarknya berjudul Selamat Pengantin Baru. Jika ada yang lupa, lagu ini mula dinyanyikan oleh Ropie ketika siri JKKK.
Memandangkan ianya siaran langsung, Ropie terpaksa sensor sendiri lirik yang ada perkataan ‘ lahan4t ‘ dalam nyanyiannya itu. Penonton yang sejak awal excited ingin mendengar Ropie menyanyi lagu ini mengeluh dan menyebut ‘ Alaa ‘ ketika Ropie menukar liriknya.

Walaupun dalam versi sensored, nyanyian Ropie tetap membuat penonton berdekah ketawa. Reaksi muka Ropie menggeletek hati penonton. Selepas rakaman selesai, Jep meminta untuk Ropie menyanyikan sekali lagi lagu tersebut dalam versi asal. Bersorak penonton, Ropie aka Pak Kodi memang terbaik.
Jom tonton video di bawah :
@teetok817
Versi luar rakaman yang membuatkan penonton ketawa :
@astrogempak Lagu original yang viral daripada Ropie! Kita dapat dengar lagi sekali! Layan terus terusan Sepahtu Reunion Live! 📅 Sabtu ⏰ Jam 9 Malam 📺 Astro Prima (Saluran 105), Astro Go & Sooka @jepsepahtu @rahimr2 @pakya_illya @ropie_sryn_official @shiqinkamal #SepahtuReunionLive2025 #SepahtuReunionLive #AstroPrima
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Shikin Kamal tak ketawa sbb dia tak paham lawak ropie Dan dia maintain focus on character.. Tp time jep paksa nyanyi gak tu.. berdekah gak dia.. “
” Sensor secara automatik tak, sensor secara manual yaa haha lawak Ropie .. msuk je selamat pengantin baru smua penonton ”alaaa” kcewa hahaha harey btul.. “
” Bukan Astro sensor, sendiri sensor haha.. uncle ropie yang tak ada copy dan ganti.. xpayah astro mute.. da mute sendiri hahaha.. “
” Tak blh move on aku lagu ny… diulang2 tgok Smpai keras perut ketawa d buatnya.. ropie lawaknya tidak mengecewakan.. “
” Dia kalah bila jep suruh nyanyi kan.. sbb kat tv kena mute. yg penonton tgk live pun hare haha.. di alaaaaa nya ropie tak ikut lagu asal.. “
” Penonton pun masuk air ahh haha.. serba salah ropie nk nyanyi… sajer jer diorg ngusik haha.. memang sakit perut tengok depan² Jep kena kan abg ropie.. “
” Memang dah jangka.. sebab bila lagu ni keluar mesti akan ada nyanyi lagu ni… dalam dewan berdekah semalam.. “
Ropie sememangnya seorang yang kelakar dan seluruh dewan berdekah mendengar versi sensored yang Ropie nyanyikan itu. Tetapi selepas off record, dapat juga penonton mendengar versi original daripada Ropie. Apabila Ropie bergabung dengan Jep memang havoc dan happening dengan gelak ketawa penonton.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Budak Terengganu, Tiktok Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Jawapan yang bijak. Selera masing-masing kan, jangan judge.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Ayat mama pun padu berapi, mana papa tak sentap. Terus sedar diri, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aku bayar mahal-mahal pergi salon, Erra juga dapat nama.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” I like your mum’s song.. ” – Azzahra Jiwa

