Connect with us

Artis / Selebriti

” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen

Video suasana pilu Amyza Aznan menangis setelah anak sulungnya, Andre Mikhail disahkan pergi buat selama-lamanya buat ramai sebak. Hancurnya hati seorang ibu apabila anak pergi dulu. Sedih dengar suami Amyza cerita detik nafas terakhir Andre..

Setelah lebih setahun bertarung melawan penyakit kanser paru-paru, anak sulung pelakon Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail telah menghembuskan nafas terakhirnya. Baru semalam Amyza berkongsikan keadaan arwah yang dikhabarkan semakin kritikal dan diminta oleh pihak hospital untuk bersedia dengan apa jua kemungkinan.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Mstar Online dan Media Hiburan, telah dikongsikan suasana pilu ketika Amyza bersama suami dan anak-anak di hospital. Amyza tidak dapat membendung lagi air matanya dan dilihat menangis. Suami Amyza, Khairil Idzhar cuba menenangkannya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tidak hanya Amyza, anak bongsunya juga kelihatan menangis teresak-esak sambil memeluk selimut yang dipakai oleh arwah abangnya itu. Suasana ini sungguh menyentuh hati warganet.

Dalam satu temubual bersama wartawan, Khairil Idzhar berkongsi cerita detik terakhir anak sulung mereka itu. Khairil berada di sisi Andre ketika itu dan sebagai seorang ayah, dia redha dengan pemergian Andre. Andre seorang anak yang sangat baik dan caranya pergi juga mudah.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Innalillahi wainnailaihirojiun.. seorang ibu tidak harus melihat anaknya pergu terdahulu. moga akak diberikan kesabaran dan keredhaan soon ya kak.. moga anak akak diletakkan dikalangam orang beriman.. “

” Aku tak kuat tengok kak Myza macam ni.. ya Allah… berilah kekuatan pada kak mija ya Allah.. sedihnya.. “

” Sedih tengok selimut tu.. Sedih tgk adik peluk kain selimut arwah abg .. 22/2 Besday.. Mening gal 23/2.. Allahuakbar. Genap 20tahun bersama family Arwah

” Kuat ya sis. Allah lebih sayangkan dia. Innalillahi’wainnalillahirrajiun. Semoga arwah ditempatkan di SyurgaMu tanpa hisab Ya Allah.. “

” Mak ada ckp.. Klo ibu tiada..anak sedih seketika tp jika anak tiada, ibu akan merana seumur hidup nya… Besarkn kasih syg seorf ibu.. Takziah pn.. “

” Allahuakhbar… berat mata memandang berat lg bahu yg memikul… semoga kak amyza dan keluarga diberikan ketabahan & kekuatan… Alfatihah buat anakanda andre.. “

” Dia yg menanggung sakit mengandung, bersalin, menyusukan… menangis la kak. Kalau itu yg dpt di luahkan… semoga Allah beri kesembuhan buat akk sesudah itu.. sy turut berdukacita.. “

Hebatnya dugaan yang Amyza hadapi dan kehilangan permata hati sulungnya ini satu tamparan yang besar untuk Amyza. Semoga arwah tenang di sana dan di tempatkan di kalangan orang-orang beriman. Salam takziah daripada kami di Berita Kopak untuk Amyza sekeluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mstar Online, IG Media Hiburan 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Perfect Cushion

Trending

Copyright © Berita Kopak