Artis / Selebriti
” Tak habis kan Falah ni usik Suri. Comel je Suri mencari-cari button exit tu.. ” – Komen Netizen
Video Zahiril Adzim live bersama Ummi Nazeera. Alahai masing-masing malu-malu pulak. Lawak Zahiril menyakat Ummi tak jumpa cari button end live. Part Zahiril melatah tu pun kelakar. Ummi ada bagi hint lah untuk ending drama ni, tak sabarnya nak tengok..
Kekuatan jalan cerita dan lakonan hebat para pelakon drama Andai Tiada Dia membuatkan drama ini menjadi trending dan meraih tontonan yang tinggi. Ummi Nazeera, Zahiril Adzim, Hisyam Hamid dan Mimi Lana sangat pandai membawakan watak mereka sehingga meninggalkan kesan di hati penonton.
Jika dalam drama penonton melihat Suri dan Falah begitu sweet, lain pula di dunia realiti. Meninjau entry di akaun Tiktok Shrnzsy dan rezekimasyukterus, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Zahiril dan Ummi live bersama di Tiktok petang semalam.
Zahiril memang aktif dan selalu membuat live tetapi untuk Ummi ianya sedikit janggal kerana jarang live begini. Zahiril gandingan yang bagus dan sangat lembut tutur katanya. Sama seperti sifat Falah, begitu jugalah Zahiril di luar. Zahiril juga banyak menyakat Ummi sepanjang live ini berlangsung.

Dalam drama, Ummi nampak agak serius dan suka menangis dan ini sangat berbeza dengan sifat sebenarnya. Comel dan berbunga-bunga hati warganet menonton live mereka berdua. Kedua-duanya sudah ada pasangan hidup sendiri tetapi untuk gandingan sebagai pelakon, Zahiril dan Ummi sememangnya secocok bersama.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@rezekimasyukterus Andai Tiada Dia #suri #falah #umminazeera #zahiriladzim
@shrnzsy misi mencari button end live by ummi brape kali bye dah tu🤣🤣 #tiktok #andaitiadadia #megadrama #falah #suri #umminazeera #zahiriladzim #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #atd
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Falah ni memang soft spoken eak.. cute lah dua-dua ni.. suka tengok chemistry dorang berdua ni.. “
” Suri tak reti keluar live, cute muka tu. so mmng betullah watak usik lembut falah tuh ade kat ketua haha.. “
” Adoii knp kita bersemut ni padahal dua2 dh ada live msg2.. kenapa erkkk… mmg sesuai sgt diorang bergandingan kot.. “
” Tak abis kan Falah ni usik Suri.. comel je mencari-cari button exit tu. Nakal ketua kuat mengusik.. “
” Nakal ketua ni.. umi malu-malu tu cute, jarang-jarang live memang nampak sangat kaku dia tu. Zahiril ni mmg buat geyamm ekk , aishhh melting itew. mujur laa laki org.. “
” Terhibur aku dia latah part ada gift ketam tu.. adui dua-dua bila takde skrip nak cakap apa pun tak tahu haha.. “
” Cara dorang macam betul betul bercinta dalam vc ni haha.. Falah cakap macam dalam drama jugak la.. “
” Falah suri sweet.. aku pulak senyum sorang-sorang.. harap sangat lepas ni suri berlakon lagi dengan falah.. “
Comel bila 2 bintang hebat ini live bersama. Seorang kaki menyakat dan seorang lagi malu-malu. Pastinya peminat akan merindu selalu Falah dan Suri dan ramai yang berharap moga selepas ini akan ada lagi gandingan Ummi dan Zahiril dalam naskah hebat yang lain.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok shrnzsy, Tiktok rezekimasyukterus
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti3 days ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti3 days ago” Habis lah seminggu Papa sindir gitu ler Kak Lina. Papa balas halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Suara gemersik Yosh mix pula dengan suara macho Hadie, memang ngam betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sweetnya, aku ni dah sakit rahang ni dari tadi senyum tak habis-habis.. ” – Komen Netizen

